Sunday, August 26, 2018

PuDinG RoTi DenGan Sos BuTteRscOtcH


Puding Roti Dengan Sos Butterscotch

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ni terlebih rajin masukkan sampai 3 post terbaru hehehe.. Angin rajin bertiup kencang nampaknye. Alhamdulillah moga terus rajin di hari2 akan datang jugak. Bukan senang angin ni nak bertiup masa musim panas berjerebu macam sekarang ni kan...sementara dia ada tu, kita cepat2lah up story2 baru walaupun kejadian sebenar dah terlepas. 
Buat puding roti ni sebab roti expired ada banyak dalam peti. Jadi untuk elakkan pembaziran ke tong sampah, aku cuba gagahkan diri untuk menggodek resepi2 puding roti yang boleh dapat merata di mana2 search engine. Aku dapatkan idea puding ni melalui instagram. Siapa pemilik resepi nanti aku carik semula ye...sebab tuan punye resepi pun share video buat je. Bahan2 semua dia bagi secara betul2 bahan je tanpa sukatan...hahaha hambik ko...maka pandai2lah aku menggodek resepi tu bagi jadi sampai boleh di makan.

Aku suka guna periuk ni untuk bakar membakar ni, senang dan cepat juga jimat elektrik. Periuk arwah mak ni. Kat umah mak sanun ada lagi beberapa bijik kot, sebab dulu mak rajin buat kuih bakar pandan tu buat jual. Anak dia yang ni tak pernah cuba pun buat kuih tu...rugi pulak rasanye tak menuntut ilmu dan resepi kuih bakar pandan mak.

Ni sos butterscotch..alhamdulillah menjadi jugak walau mulanye masa aku tuang whipping cream, gula jadi berketul2 pulak...hahaha jenuh mak nak mengacau balik bagi gula tu larut grrrr..

Ni kejadian puding roti betul2 baru masak, tak lama lepas tu puding ni mendap penyek. Tapi xdelah bantat tau...memang gitu perangai dia...masa panas mengembang cantik je....eksen betul dia.

Ni kejadian selepas dia jadi penyek sikit...masih elok kan? Berapa bintang nak bagi? Bolehla bagi 4/5 bintang...hehehe sebab lain daripada biasa kan...selalu guna sos kastard tu.

Bread butter sy guna roti putih je:
(Resepi asal guna roti Gardenia yang Butterscotch tu)

Roti putih (carik2 @ potong jadi kecik)
1 tin Susu cair (guna susu fresh pun boleh)
4sb brown sugar
Secubit garam
4 biji telur ( kalau telur size A guna 3 biji pun cukup)
Esen vanila
Choc chip & kismis (optional)

Cara2:
1. Sy guna susu segar, so panaskan sekejap atas dapur + gula + butter + garam + esen vanila ( nk bg larut bahan2 tu) Panas x perlu sampai mendidih.
2. Pastu pecahkan telur, pukul bagi sekata. (jangan campur dalam susu ye, nanti telur tu masak dulu sebab susu tadi dah panaskan atas dapur)
3. Masukkan semua bahan ke dalam roti, gaul rata & bakar. Sy bakar atas dapur je, so jgn tanya suhu brapa hahaha...

Sos butterscotch

4 sb brown sugar
2 sb butter
1 kotak whipping cream

Cara2: 
1. Panaskan gula hingga cair (api kena kecik je), masukkan butter, masukkan whipping cream...kacau sentiasa sehingga pekat, tutup api.
2. Dah tutup api pun kacau sampai sos agak sejuk.

Selamat mencuba. Senang je ni...kebetulan semua bahan pun ada dalam peti walaupun ada dah expired hehehe...jadi dan tak ada kejadian keciritan berlaku. Alhamdulillah.

SalAm Aidil AdHa

 
Assalamualaikum..
Mungkin dah terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Tapi memori Hari Raya tetap aku nak abadikan kat sini untuk kenang-kenangan. Manalah tahu kan, kot2 external hard drive tempat aku simpan gambar2 ni rosak @ hilang. Sebab dah pernah hilang kena curi sekali dah dulu hehehe.  


Korang beraya kat mana? Kami adik-beradik berkumpul kat KL je macam biasa, cuma kampungnye dah bertukarlah hehe. Bukan mudah untuk kami berkumpul cukup semua orang ada, apa2 pun kami tetap bersyukur sebab tang adik-beradik aku cukup semua ada. Masa raya puasa sebelum ni tak dapat nak berkumpul macam ni sebab masing-masing ada keluarga mertua untuk diziarahi. Aku sorang je yang raya tanpa mertua...ntahlah waze alamat umah mertua tak jumpa2 hahaha... maybe tahun depan boleh cuba waze lagi kot.

Complete set of my siblings..

Kalau bab bergambar, idea kitorang memang sentiasa ada je...


Ni ahli group 'Adik-beradik Gossip'


Gambar memang tak ikut susunan. Lantaklah ye...sebabnye aku malas nak edit susun balik gambar2 ni. Padahal masa nak masukkan gambar tadi aku dah select gambar tertentu je untuk upload dalam ni, sekali dia keluar semua gambar yang aku pilih mula2 tadi...belasah je lah...



Ni hero2 dalam family kami.



Gambar gedik2 memasing.

Siapa pandai teka kat mana lokasi penggambaran ni? hehe

Ni semua ahli yang perempuan...complete semua ada.

Pantang nampak ada kamera standby..

Alhamdulillah...semoga ada lagi kesempatan macam ni di masa akan datang.

Yang ni je yang dapat kitorang kumpul hari tu..ada 3 orang lelaki yang tak ada dalam ni, 2 orang anak buah & 1 orang adik ipar

IkAn BakAr PorTuGis

Assalamualaikum, salam pagi Ahad.
Korang ke mana cuti hujung minggu macam ni? Hehehe aku bermalas-malas kat bilik je hari ni sambil mengadap laptop yang dah lama kubiarkan tak berusik. Niat sebenar nak tengok berapa yuran nak kena bayar untuk sem depan ni...hmmm yuran naik lagi...haishhh geram je rasa sebab sepanjang 5 tahun belajar ni dah brapa kali diorang naikkan yuran grrrr...mujur dah sem akhir. Nasiblah siapa yang baru daftar masuk tu. Hmmm tapi rasanya kat mana2 belajar pun memang camni lah jugak situasinye...yelah yuran jelah yang diorang boleh pakuk kita kan...itulah beza belajar full time dengan part time. Full time kat IPTA masih murah lagi kot yuran diorang. Aku belajar ni pun half IPTA je. Memang takdelah nak masuk belajar full time kat dah umur2 macam aku sekarang ni hahaha akhir kalam redho is the best word to motivate myself. Redho ialah kita berserah kepada Allah dengan doa mudah2an ini adalah yang terbaik buat diri kita, banyak hikmah Allah nak bagi di kemudia hari nanti siapa yang tahu kan? Allah sebaik2 perancang. Ok dah...jom kita tengok apa yang aku nak share ni..

Ikan Bakar Portugis

 Aku guna ikan pari je, ni gambar sebelum kebakaran.

Ok ni memang cubaan pertama buat ikan bakar begini. Selalu aku memang tak minat dengan ikan bakar camni, ntah kenapa hari tu aku tertengok TV3 cerita Aroma Tradisi kot, hos dia Chef Fikree...alaaa kalau korang suka tengok CJ Wow Shop tu, banyaklah muka dia @ kalau korang ada subcribe Unifi TV kat umah, pun banyak rancangan Chef Fikree ni jadi host, masa tu dia jemput Chef yang 5 rencah 5 rasa tu masak, diorang masak ikan bakar ni lah...yang buat aku nak cuba tu, bila time diorang review rasa ikan bakar ni...terus macam nak cuba jugaklah...hahaha jarang sangat tau aku buat perangai macam ni. Maka terjadilah kebakaran tersebut...ehhh hahaha. Meh aku review sikit...memang sedappp hahaha adik aku ngan husband dia pun suka. Done perasan hahaha!


Nak resepi? Meh aku share..benda sedap kita kena kongsi kan..tapi resepi ni aku ubah sikit la daripada yang tunjuk kat tv tu, sebabnye aku tak salin pun resepinye...so aku pandai2 je asalkan tak lari sangat daripada resepi asal dia hehehe.

Bahan-bahan Paste Ikan Bakar:

5 biji cili merah (aku guna cili kering, buang biji, potong kecik2 sangai jap atas kuali...rebus dan blend)
5 biji cili padi (ikutlah korang nak pedas camne) (tapi aku tak guna pun sebab taknak pedas)
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inch belacan (lebih kuranglah)
Garam/gula/serbuk perasa (ni bergantung pada selera masing2)
1 sudu besar sos tiram (aku tambah je ni)
1 @ 2 biji limau kasturi

Cara-cara:

1. Kisar kesemua bahan kecuali garam, sos tiram dan limau kasturi. Kisar guna minyak masak.
2. Tumis semua bahan kisar sehingga bahan2 semua garing (naik minyak)
3. Bila dah naik minyak tu, bolehlah tambah bahan2 perasa garam, sos tiram dan perahan jus limau kasturi. Masak sehingga semua rasa cukup, pastu bolehla tutup api dan sediakan bahan untuk ikan bakar.
4. Sediakan aluminium foil @ daun pisang, letak sesudu dua sudu paste ikan bakar, letak ikan kegemaran korang, pastu letak lagi paste ikan bakar, hias dengan hirisan daun limau purut dan bunga kantan dan juga bendi.
5. Bungkus la ikan tu kemas2, pastu bakar atas pan @ bara api sampai ikan masak. (aku bakar atas magic pan je)
6. Dah masak bolehlah dihidang dengan nasi panas dan telur masin kegemaran korang.

Selamat mencuba! Jangan lupa selawat sambil masak, insya Allah sedaplah masakan korang nanti..pahala pun dapat kan...hehe

Sunday, August 5, 2018

ReHlah Di SunGai ConGkaK

Assalamualaikum & Selamat Malam semua..
Hari ni terlebih rajin sikit nak masukkan banyak sikit cerita, sekadar buat kenangan untuk masa hadapan..chewahhh.. cerita 22/07/2018 yang lepas. Kitorang plan untuk hilangkan stress setelah berpenat lelah siapkan tesis... hahaha teruk betul stress pelajar dewasa ni kan. Sebelum ni kitorang dah pernah buat kat sini jugak 4 tahun yang lepas, so kali ni repeat tempat yang sama je...sebab masing-masing ada komitmen, susah nak pergi jauh2 maybe lepas ni boleh la kot pergi jauh sikit, Macam dah serik je masuk Langat sekarang ni, nak keluar daripada Sg Congkak ke Batu 14 makan masa 1 jam lebih..fuhhh dahla aku tengah sakit kaki masa tu...bawak kereta auto pun tak membantu sebab yang sakit tu kaki kanan...huhuhu nak menangis rasa sebab kaki tu memang sakit yang teramat...plus nak masuk ke Sg Congkak tu sendiri dah mahal dan jalan yang agak teruk jugak fasiliti yang tak terjaga...dah macam masuk tempat seram bila aku pandang toilet dan tempat nak salin baju tu...sangat berbeza dengan 4 tahun lepas macam tak buat apa2 maintenance langsung untuk baikpulih keadaan huhuhu. Tapi kitorang tetap enjoy dengan plan kitorang.

Bila berkelah, tak sah kalau takde aktiviti ni kan...wajib.

Tukang set tempat bakar dan bakar makanan sampai habis.

Menu utama: ayam dan kambing

Disebabkan tengah musim buah, maka kitorang pun ambil kesempatan la pau orang yang datang lambat belikan buah-buahan yang dijual kat tepi2 jalan. Yang bestnye tukang beli tak makan durian...hahaha sanggup dia tak pasang aircond kereta sepanjang jalan tu..nasiblahhh hahaha.


 Sambil menunggu ketibaan ayam untuk dibakar.


 Nikmat berendam dalam air sungai yang sejuk.

 Selagi makanan tak habis, korang jangan balik.

 Jadilah kan dapat berendam sekejap walaupun air sungai tak dalam.

Geng tak mandi sungai dengan geng halau nyamuk..


Suwafoto tu wajib...heee

Ahli rombongan yang menyertai..

 Dah habis bergambar kita membawang dulu jap...


Saturday, August 4, 2018

DoNuT MonTeL

Donut Montel

Assalamualaikum & Selamat Pagi Sayang...hehehe.
Sedar tak sedar bulan Julai dah pun berlalu, maka selamat datang Ogos!.. Haaa jenuh aku nak ingatkan balik apalah ayat2 yang aku karang mula2 tadi...huhuhu penat2 karang ayat, komputer 'hanged' masa nak publish post tadi..gelap dunia jap. Maka kita karang ayat baru walaupun aku tak suka buat karangan masa sekolah dulu. 

Maaf donutku, bedak korang bercapuk!

Berbalik cerita donut, ni kuih yang aku agak suka makan, tapi jarang sangat buat sendiri. Tapi selalu bila beli tak puas hati. Malas nak buat sebab nak kena gelek2 terap2 bagai dan aku malas nak keluarkan segala mak nenek loyang, penggelek tu semua (korang boleh bayangkanlah tahap 'rajin' aku kat mana kan..ops). So sejak zaman internet laju ni, rajinlah aku Google resepi sana-sini, maka terjumpalah macam2 kisah orang buat donut ni dan yang paling best jumpa orang buat donut tanpa gelek2 terap2 tu semua...ai is happy giler. Lama dah jumpa, tapi seru nak buat tu tetap tak sampai2 ngeee. Dah jumpa cara yang senang, mestilah nak carik resepi yang paling ringkas di dunia pulak kan...hahaha. Ok jumpa jugak kat sini


Walaupun ada resepi sebagai rujukan, aku tetap menderhaka jugak buat donut ni haha. First sebab nak cepat siap, second sebab aku tak buat banyak pun, third sebab aku dah lapar masa tu hehehe. Oklah aku dapat siapkan dalam masa 1 jam ++ je, start buat pukul 4 lebih habis siap goreng pukul 5.35pm lebih kurang gitulah. Haaa express kan. So aku copy & paste resepi asal dengan cara aku yang agak derhaka tu (ampunkan saya penunggu gua ngeee). 

DONUT GEBU TANPA ULI

Bahan

1 paket yis kering (*aku guna 2sk je)
2 sudu susu pekat (*aku skip)
1 cawan air suam  (*aku guna susu fresh & panaskan bagi suam & tak sampai secawan
2 sudu gula

- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum (*2 cawan je)
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder (*ganti dengan 1sk double action baking powder, sbb yang biasa tak ada)
1 sudu teh garam
 *1 sk pelembut pau (**optional, ni aku tambah sendiri)

Cara Membuat:

1.Ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
2.Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata. (*aku spare air suam untuk menguli sbb guna susu fresh tak sampai secawan, masukkan sikit2, uli sampai doh lembut)
3.Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye (*aku perap setengah jam je)
4.Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha (*aku uli sampai doh lembut, so adunan aku tak lembik hahaha jugak)
5.Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan (*aku just bulatkan guna tangan je, lubang donut cucuk pakai jari heeee)
6.Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng. (*macam tak sampai 30 minit aku dah goreng)

Ok, selamat mencuba.
**Notes: kalau tak yakin dengan cara aku korang boleh rujuk cara asli resepi tu ye... 

Walaupun perap sekejap sangat donutku tetap menggebu...Alhamdulillah.

Monday, July 23, 2018

MuRTaBaK MagGi

Murtabak Maggi

Wuhuuu.... Assalamualaikum...
Tenggelam timbul tuan blog ni hehehe...Korang sihat ke tu? Aku alhamdulillah, baru je sihat daripada selesema dan batuk...hmmm walaupun batuk tu masih muncul masa tengah tidur..tapi oklah tak seteruk sebelum ni...rasa macam nak dok bertapa kat toilet je sepanjang hari...batuk sampai senak perut.
 Ok korang pernah makan tak murtabak maggi? Ni first time dalam hidup aku cuba masak benda alah ni hahaha...so bantai2 je ikut suka aku la kan nak buat macamana pun, asalkan jadi dah ler. Komen aku, oklah...not bad (done puji diri sendiri) tapi tak boleh makan banyak2, muak. 

Hias guna cili sos paket kecik2 tu je...

Part paling best, dapat kunyah mee yang garing tu...rangup je. Ok jom kita tengok resipi.

Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi kari
2 biji telur
2 batang sosej/hotdog (optional) *potong kecil
1/2 biji bawang Holland *potong dadu
1 sudu besar mayonis
1 paket perencah Maggi Kari

Cara-cara:
1. Rebus mee Maggi dan toskan
2. Pecahkan telur, masukkan perencah Maggi, bawang dan hotdog kacau sehingga sebati
3. Masukkan mee yang dah ditoskan tadi, gaul sehingga sebati
4. Panaskan minyak di dalam pan kecil (*bergantung kepada berapa bungkus Maggi yang anda guna)
5. Masukkan bancuhan Maggi dan telur tadi, biarkan sehingga masak (*sila guna api kecil), baru balikkan sebelah bahagian lagi..tunggu sehingga murtabak Maggi masak sepenuhnya dan agak garing dan bolehlah dihidang dan dihias dengan sos kegemaran anda.

Selamat mencuba!