Tuesday, May 22, 2018

SaLAm RaMadhAn: AyAm PaNdaN

Ayam Pandan

Assalamualaikum semua... 
Salam Ramadhan yang ke-6. Haaa ada yang tengah bukak tudung periuk ke tu? Jaga-jaga nanti van jenazah datang...hahaha. Ke tengah dok fikir nak masak apa petang ni? Hmm aku pun tak ada idea nak masak apa. Sebab selalunye buka puasa sorang-sorang je. Ambik kesempatan update sempena anak-anak tidur, sekali aku baru bukak laptop diorang pun bangun..huhuhu. Baru ingat nak buat slide untuk viva next week, tak dapat la nampak gayanye. Inipun diorang belum aktif betul lagi, satgi memang kena tutup dulu la laptop ni nampaknye..baru berangan nak buat kerja tanpa gangguan hahaha...

Pernah buat ayam pandan ni sekali dulu...cari-cari ada rupanya dalam blog ni...tahun 2009 wuu selepas 9 tahun baru buat balik hahaha. Ini pun buat sebab hari-hari dok pandang pokok pandan merimbun kat tepi balkoni ni, sampai 2 pokok tanam...tapi bila dah ada banyak daun tak buat apa-apa. Yang satu pokok tu elok daun besar-besar lebar, tu yang terfikir nak balut ayam macam senang je. Resepi aku google je..jumpa kat sini. Aku tepek je la resepi tu kat sini, nanti nak buat semula senang nak carik. Yang buat kali ni pun ada je bahan yang tak cukup...bantai je lah asalkan jadi. Adik aku cakap sedap...oklah tu hehehe...



Bahan-bahan (untuk 3-4 org ) 

1/2 ekor ayam 
* 3 biji bawang merah 
* 3 ulas bawang putih 
* 1/2 inci halia 
* 1/2 inci kunyit 
* 1/2 inci lengkuas 
* 2 batang serai 
* 1 sk ketumbar 
* 1 sk jintan manis 
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) 
2 sb santan pekat (optional) 
1 sb madu 
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa 
daun pandan 

Cara-cara 

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. 
Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji. 
Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu. 
Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas. 
Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar. 
Potong lebihan hujung daun supaya kemas. 
Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.