Murtabak Maggi
Wuhuuu.... Assalamualaikum...
Tenggelam timbul tuan blog ni hehehe...Korang sihat ke tu? Aku alhamdulillah, baru je sihat daripada selesema dan batuk...hmmm walaupun batuk tu masih muncul masa tengah tidur..tapi oklah tak seteruk sebelum ni...rasa macam nak dok bertapa kat toilet je sepanjang hari...batuk sampai senak perut.
Ok korang pernah makan tak murtabak maggi? Ni first time dalam hidup aku cuba masak benda alah ni hahaha...so bantai2 je ikut suka aku la kan nak buat macamana pun, asalkan jadi dah ler. Komen aku, oklah...not bad (done puji diri sendiri) tapi tak boleh makan banyak2, muak.
Hias guna cili sos paket kecik2 tu je...
Part paling best, dapat kunyah mee yang garing tu...rangup je. Ok jom kita tengok resipi.
Bahan-bahan:
1 bungkus Maggi kari
2 biji telur
2 batang sosej/hotdog (optional) *potong kecil
1/2 biji bawang Holland *potong dadu
1 sudu besar mayonis
1 paket perencah Maggi Kari
Cara-cara:
1. Rebus mee Maggi dan toskan
2. Pecahkan telur, masukkan perencah Maggi, bawang dan hotdog kacau sehingga sebati
3. Masukkan mee yang dah ditoskan tadi, gaul sehingga sebati
4. Panaskan minyak di dalam pan kecil (*bergantung kepada berapa bungkus Maggi yang anda guna)
5. Masukkan bancuhan Maggi dan telur tadi, biarkan sehingga masak (*sila guna api kecil), baru balikkan sebelah bahagian lagi..tunggu sehingga murtabak Maggi masak sepenuhnya dan agak garing dan bolehlah dihidang dan dihias dengan sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!