hihi..first time try buat..alhamdulillah jadik jugak. ni gara2 cup utk muffin dh beli, mula la hatiku meronta2 nk cuba buat gak..heee..biasala bila dh nmpak jadik tu lega...x makan pun xpe..si tukang tolong last minit, sibuk gak nk jadik tukang rasa..x sabo2..bab makan lajuu je dia..nnt aku selit gak gambo dia..
resipi ni aku selongkar kt gobok k.hana jupunn..nmpk ada resepi yg simple, aku pun salin le..tapi biasa la aku..mesti nk adjust2 sikit..pepandai2 je nk menambah bhn ngeh..ngeh..ngeh..jgn mara kak..resipi asal aku copy je kt umah k. hana hehe..
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar (guna perisa cokelat..hihi)
¼ cawan minyak sayuran
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.
Selamat mencubaaa...
No comments:
Post a Comment