Yang ni pun dh seminggu usia pemeramannya...selalu aku buat kek butter ada je yg x kena..tapi kali ni Alhamdulillah jadi...tp a bit dry sket..camna pun tetap abis..resepi dari saraji kt MyR...thank you ye..
Bahan-bahan ( untuk 6 orang makan )
1 1/2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarbonat
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar
Telur 2biji
Cara-cara
Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x
Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang
Masukan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit. Hidangkan untuk makan petang
No comments:
Post a Comment