Wednesday, December 29, 2010

tRifFle

hmm..good morning..buat ni hari ahad minggu sudah..sudah 2 kali juga berlaku kejadiannya hehe..tapi bila buat kali ke-2, x brapa laku lak..hmm ok. Resepi amik kt umah k.Hana..nnt2 la I link kan ye..
Posted by Picasa

Saturday, December 25, 2010

LeMpeNg PisAnG


Buat ni minggu lepas..kejap je dah seminggu...resepi cilok k.Hana punye. Malas nk citer panjang..layannn
Posted by Picasa

Sunday, December 19, 2010

KeK CeKeLat LEmBab

Again..aku suka betul mencuba apa2 jenis kek cekelat tp mknnye idak sgt pong...ni teringin nk buat sbb dh lama sgt x buat kek. Ni resipi dari blog kak Norma..tapi bila cek2 mak Mina pung pernah buat gak utk birthday anakandanye..sape lagi kalo bukan dak Mina sendiri..Happy Belated Birthday ya..oso to my sister on 14th December..kek yg guna cuma sebijik telo aje..so terasa nak kopipes resipi dari blog mak dak Mina la ek..halalkan ye si empunye resipi..

KEK COKLAT KUKUS

Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi CHEF HANIELIZA

Bahan A:-

1 cawab susu cair (akak guna fresh milk)
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang (akak letak 1 3/4 cwn je)

Bahan B:-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko (*akak guna jenama Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-

1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-

1)Panaskan kukusan.
2)Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3)Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.

4)Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.

5)Lapik loyang dengan kertas baking (*akak guna loyang bulat 7 in) dan tuangkan adunan.

6)Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek)

7)Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-

-Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
-Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
-Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
-Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
-Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek

Tuesday, December 14, 2010

10 MuHaRrAm

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah...

Wahhhh....sgt lama blog aku ni xde pengisian..xtau la pasai pa. sedar x sedar dah hampir masuk ke tahun baru 2011 dan tahun baru hijrah sudah pun membuka tirai..x lambat rasanya untukku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...Maal Hijrah 1432H. Ada azam baru? hmm..aku rasa azam baru aku lain sikit thn ni, tapi biar aku je yg tau...hikhik bukan kedekut, tapi nnt ada org yg akan perlekehkan.. owhh sugguh x suka akan keadaan itu. Semoga Allah membantu diriku..amiiin (sebak..).
Banyak benda yg aku cita2kan utk thn depan..satu yg aku boleh kongsi disini...aku nak mintak maaf dengan sume org yg aku pernah sakiti hatinya tahun2 sebelum ini (astaghfirullah wa atubu ilaih..egonya aku, sesungguhnya mmg sukar utk melafazkan kata2 maaf itu). Azam ni sebenarnya dah lama aku simpan..mudah2an Allah beri aku kekuatan utk laksanakannya..amin.
Uwarghhhh..dh try upload gambar, tapi x berjaya nmpaknya...ok see u next n3..wassalam.