Assalamualaikum...
Tgh mengantuk ni..so ngadap blog jap then sambung balik krj..ni lauk buat semalam, lepas balik dr pasar Datuk Keramat cuci2 segala hasil tangkapan pg tu utk simpan dlm freezer, mak pulak tolong siang sayur n segala bahan utk buat sambal nih. Sambal goreng ni peberet semua org kt umah ni. Mak belajar masak ngan jiran masa duk umah setinggan kecik2 dulu..nak buat pun sgt senang. Saje letak gambr ni dlm fb..then ada lak kwn mintak resepi hehe..blog aku ni bakal terbongkar le nmpaknye...selama ni dok sendiri2 je..x pernah post kt dlm fb pun..maluuu..sbb jarang berupdate pun.
Ok, nih resepi yang mengikut step aku buat la kan..malas nk google cari resepi yg serupa..so harap faham lah bahasa yg bakal aku gunakan nnt ekk..
Resepi: Sambal Goreng (masakan org Jawa)
Sumber: Omak den
Bahan-bahan:
1-2 biji Bawang merah @ besar*
2-4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2-3 biji cili merah*
Seikat kacang panjang (dipotong menyerong)
Sebungkus tempe
2 - 3 biji tauhu keping
100g udang basah (ikut suka)
Sebungkus suhun dan tauhu kering (fucuk)
1.5 cawan santan
Secubit garam dan gula
Sedikit air asam jawa
Cara-cara:
1. Bahan2 bertanda * dimayang halus
2. Tempe, tauhu dipotong kiub dan digoreng sebentar (tak perlu garing sgt)
3. Udang juga digoreng sebentar (jgn lama2 nnt udang keras)
4. Dah settle bab goreng, kurangkan sedikit minyak utk menggoreng tadi utk tumis bhn2 yg dimayang halus. tumis sehingga naik bau @ sedikit garing
5. Setelah naik bau, masukkan santan tunggu sehingga mendidih.
6. Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
7. Masukkan sayur kacang panjang biarkan sebentar supaya kacang tadi agak lembut.
8. Masukkan bahan2 yang digoreng, kacau rata sampai semua sekata.
9. Akhir sekali masukkan fucuk dan suhun gaul rata. Bila semua dah rata boleh tutup api dan dihidang.
senang je kan??
No comments:
Post a Comment