Saturday, April 13, 2019

Apa KhAbAr?

Assalamualaikum...Selamat pagi nak masuk tengahari semua hahaha...
Lama jugak aku tak update blog rupanya..cek punye cek...kenapa aku tinggalkan update sebelum ni...nak try update tadi baru perasan Geoogle Chrome aku problem sebelum ni...aku unisntall yang lama, install baru terus problem...tak boleh upload gambar...katanye google tak recognised email yang aku guna tu...huhuhu la jugak.....pastu try guna Mozilla pulak....Alhamdulillah ok dah...hehehe. Sebab apa unisntall? Sebab sebelum ni ada download something yang rupanye aku salah download...ingatkan apps yang memang aku nak..tapi rupanye apps iklan...huhuhu tension je bila kita tengah guna, pop up keluar iklan2 yang ntah hape2...and semua2 tu memberatkan laptop aku...maka aku carik jalan untuk buang benda2 tu, sayang wehhh laptop ni haha...makanye terjadilah semua kejadian yang tak diingini tersebut...habis password pun kena reset...dah reset pulak, tak boleh syncronize grrrrr....makanya lepas ni aku akan uninstall Chrome teruslah dan cari lain pulak la...Safari maybe? atau ada sesiapa nak suggest yang lebih bagus? Oklah...sekian bebelan untuk hari ini...dah masuk Zohor pun...hahaha banyak nau iklan nak menaip ni. 
Oh ye...gambar nasi lemak tu gambar lama...bulan 2 lepas kot aku masak...hmmm rasa macam dah lama betul tak masak nasi lemak...manusia2 kat dalam rumah ni tengah diet, so aku kena lupakanlah bab2 masak yang sedap2 ni haha...nak masak pun takde mood dah sebab takde orang nak makan, aku masak, aku yang kena habiskan...kadang2 aku repeat on makan makanan tu the whole day ok...so bosan dan bila dah repeat tu korang pepaham ajelah...macam dah tak boleh nak telan rasanye hahaha...so mohler kita pun diet2 ayam sekali hehehe...

Friday, March 8, 2019

NaSi AyaM

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Hehe aku makan roti sekeping je, malas nak pi goreng nasi. Letak gambar nasi ayam pepagi. Buat ni weekend minggu lepas. Tengah2 basuh ayam dok mikir nak masak apa. Tiba-tiba teringat nasi ayam hahaha. Tahu tak basuh ayam tu tengah malam, so aku decide terus perap je ayam tu. Buat style mak je, tak payah rebus dulu ayam tu haa senang kerja. Cuma bezanya, selalu mak guna ayam yang potong 4 je sekor. Tapi aku guna ayam yang dah potong kecik2, yelah mana rancang nak masak nasi ayam pun masa order beli ayam tu. Kebetulan pulak, semua bahan ada, so kita buat jelah.. This is my first time masak nasi ayam tu, elok kejadiannya. Tak lembik macam sebelum ni. So selepas lamaaaa kejadian nasi lembik tu baru hari ni aku cuba buat semula, bertahun jugaklah aku trauma hahaha. Kali ni aku tambah sambal halia yang macam makan kat kedai The Chicken Rice Shop tu. 

Nasi Ayam

Nak resepi ke? Aku bagi untuk portion yang kecik ye, seseuai untuk 3 orang makan. Yang susah nak taip resepi ni, sebab aku suka main agak2 je haha. Pandai2lah korang adjust nanti ye, ikut kesesuaian isi rumah masing-masing.

Bahan A (Ayam):
Ayam (Potong 4) **Aku guna yang dah potong kecik
1 inch Halia
5 ulas Bawang Putih
2 Sudu besar Kicap
2 Sudu besar Sos Tiram
1 Sudu besar Madu/gula
Garam (optional je, kalau guna kicap masin tak perlu)

Cara:
1. Tumbuk bawang putih & halia
2. Masukkan kicap, sos tiram, madu & garam
3. Masukkan ayam, gaul rata & perap 1 jam/semalaman
4. Goreng dengan api sederhana

Bahan B (Nasi):
3 pot Beras Basmathi (optional)**aku campur 2 basmathi 1 beras biasa sebab beras basmathi x cukup heheh
Rempah 4 sekawan; kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1/2 inch Halia *
1/2 inch Kunyit Hidup/Serbuk*
3 ulas Bawang putih*
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 1/2 sudu besar Marjerin
Minyak untuk menumis
3 1/2 pot Air **guna bekas yang sama sukat nasi
Daun pandan **simpul

Cara:
1. Tumbuk bahan bertanda * dengan sedikit garam
2. Panaskan minyak & marjerin
3. Tumis 4 sekawan, bahan tumbuk, & pati ayam sehingga wangi
4. Masukkan beras & daun pandan, gaul rata
5. Masukkan air & tanak dalam rice cooker (jangan lupa tekan cook hehehe) 

Bahan C (Sambal Cili):
5 biji Cili Masak
2 ulas bawang putih
1 sudu besar Jus limau kasturi/cuka
Gula
Garam

Cara:
1. Blend Cili & bawang putih
2. Masukkan dalam periuk & tambah sedikit air jika perlu, masak sehingga mendidih
3. Masukkan jus limau, garam & gula tunggu sehingga mendidih, tutup api.

Bahan D (Sup):
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar (saiz kecik je)*
1/2 inc halia*
Rempah 4 sekawan
Serbuk pati ayam
Garam
Sedikit isi ayam/bahagian tulang/kaki ayam
5 ketul fishball (optional)
Daun sup & daun bawang

Cara:
1. Tumis 4 sekawan & bahan bertanda * yang ditumbuk/kisar
2. Masukkan ayam, fishball & air, masak sehingga mendidih
3. Masukkan bahan perisa & daun sup

Bahan E (Sambal Halia):
1 inch halia
3/4 ulas bawang putih
Garam
Daun bawang (potong kecil)
Minyak

Cara:
1. Tumbuk halia, bawang putih & garam
2. Masukkan daun bawang
3. Panaskan minyak sehingga betul panas
4. Masukkan minyak panas ke dalam bahan2 tumbuk tadi.

Bahan F (Kicap):
1. Ambil lebihan bahan perapan ayam
2. Masuk dalam periuk, tambah sedikit sup ayam
3. Masak sekejap & masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung, tunggu sehingga mendidih & tutup api
4. Kalau malas, guna je kicap manis dalam botol tu...sedap jugak hahaha

Fuhhh..banyak betul step dia, sebab tu boleh buat nasi ayam ni bila ada special event je. Macam mak aku, dia akan masak nasi ayam ni setiap kali birthday anak-anak dia + birthday abah jugak.



Monday, February 25, 2019

BerTeMu KeMbaLi


Assalamualaikum, haluuuu hehehe...ada ke yang rindu kat kita? Lebih 5 bulan menghilang rupanye...ada je ni, cuma mood untuk menulis hilang sementara haha.. Start bulan 9 hari tu aku menghilang sebab nak tumpukan semester akhir pengajianku. Pastu ada satu subjek yang aku ambil tu memang memerlukan pembacaan dan assignment tanpa rehat fuhh...tiap minggu kena fikir assignment untuk subjek tu je dengan aku yang tak gemar membaca lagi, tapi kena paksa jugak diri ini membaca....memang agak stresslah. Tapi alhamdulillah aku berjaya habiskan semester akhir ni dengan jayanya...result pun agak membanggakan diri aku sendiri hahaha. Akhirnya aku tersenarai dalam nama-nama pelajar yang akan graduat ke graduasi? bulan 4 nanti...legaaa cukup 5 tahun sambung belajar, penuh dengan kisah suka dan duka, tragis & macam-macam lagi lah...


Ok sebagai entri permulaan dan yang pertama untuk tahun 2019, taraaa aku hidangkan korang dengan char kuetiau yang aku buat pagi tadi. Bahan tak banyak yang ada dalam peti ais, maka kita guna mana yang ada je...alhamdulillah kenyang jugak. Nak resepi ke? Hahaha cuak jugaklah nak share resepi yang senang semua orang boleh masak ni...sebab selalu aku memang ikut apa bahan yang ada je. Cuma aku boleh bagi tips sikit la, kalau nak goreng kuetiau ni jangan guna sos tomato dengan sos cili, nanti tak berapa sedap haha Tips ni aku dapat dari arwah mak, dan kalau korang perhati penjual char kuetiau kat mana2 pun diorang tak guna 2 sos tu, tapi aku guna buah tomato fresh. Aci tak kalau aku bagi bahan-bahan je...sukatan korang agak-agaklah ye hahaha...


KUETIAU GORENG

Bahan-bahan: 
Bawang Putih
Bawang Merah (yg ni tak ada pun tak pe)
Tomato Buah (potong dadu)
Cili Kisar/Cili Api
Sos Tiram
Kicap Cair/sos ikan (salah satu je sebab dua2 masin)
Kicap Manis
Pati Stok ayam Knorr (ikutlah kalau nak guna Ajinomoto pun boleh) **optional
Udang
Sayur sawi/kucai/taugeh (suka hati anda)
Kuetiau
Telur
Minyak masak

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah,putih dan cili sehingga garing
2. Masukkan tomato buah dan tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap manis & serbuk pati ayam
4. Jika perlu tambah sedikit air (depends kalau korang nak yang basah2 letaklah lebih sikit) dan biarkan sehingga mereneh
5.  Masukkan udang & sayur, kacau rata sehingga udang separuh masak
6. Masukkan kuetiau & pecahkan telur (ada orang pecahkan telur sebelum masuk kuetiau, ikutlah keselesaan masing2)
7. Kacau sehingga kuetiau sebati dengan rencah, tutup api dan bolehlah dihidang. Tips: bila dah masukkan kuetiau, jangan biar terlalu lama, nanti kuetiau kembang pulak kalau yang lebihkan air tadi. 

Selamat Mencuba.