Wednesday, January 31, 2018

HaRi TeRakHiR JaNuaRi

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2 dan sahabat..
Alhamdulillah hari ni cuti..maka bolehla aku duk santai2 atas katil sambil mengadap blog ni sekejap. Ke mana kawan2 cuti ni? Untuk warga KL esok pun cuti jugak...wahhh cuti panjang minggu ni. Selamat bercuti ya..aku cuti bergantung pada cuti orang lain...hahaha kalau esok ada orang kena kerja, maka esok aku pun kenalah kerja. Hmmm sedar2 hari ni hari terakhir bulan Januari...macamana korang punye permulaan tahun baru di bulan Januari ni? Aku? hmmmm itulah tu...ada suka ada duka...cuti, exam dan dapat result...down sekejap bila tengok result exam sendiri. Kali ni down sampai gastriklah...hahaha teruk kan... apa2 pun aku kena kembali kepada hakikat diri sendiri atau senang kata sedor dirilah...hahaha aku tak segenius orang lain. Masa nilah baru terasa ruginya tak sambung belajar akaun jugak...hahaha sengal. Jangan ikut aku ye kawan2...Ada hikmah Allah takdirkan aku lalui semua ni....sambung belajar pun atas dasar suka-suka je mulanya...tapi bila Allah temukan aku dengan kawan2 yang bersemangat, aku pun mula dapat 'nur' hikmah aku sambung belajar..banyak belajar benda baru...jumpa kawan baru dapat pengalaman baru...yang penting, aku rasa muda seploh tahun....hahaha mana taknya kawan2 pun ramai yang muda2 belaka, sampai diorang ada yang ingat aku baya2 diorang je hehehe bab ni memang syiok giler perasan. Siap ada orang mengorat lagi...hahaha tapi dia muda sangatlah...seploh kali aku pikir untuk nak terima ke tak nak terima...akhirnya aku pelan-pelan jauhkan diri aku dari dia dengan doa sekiranya betul dia jodoh buat aku, Ya Allah dekatkan dia kepadaku dan sekiranya bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia daripadaku....maka keputusannya sekarang? hahaha aku rasa dia dah jauh kot satu sem lepas tak pernah terserempak atau terjumpa dah dengan dia, even sebenarnya rumah dia pun sangat dekat je dengan rumah aku, ha nampak tak kuasa doa?....adalah jumpa sekali hari tu sebelum exam masa kat library tapi tak bertegur sapa pun.. Ok next....hahaha. Apa2 pun aku sentiasa berdoa semoga Allah pertemukan jodoh yang betul tepat pada masanya. Tak usaha ke? Hehehe aku ni pemalu yang amat orangnya bila dengan orang lelaki ni...hahaha awak mulakan dulu boleh? Aku tak beranilah bila berdepan ni...malu weiiii...Ok, nanti2 kita cerita pasal jodoh. Oh ye, bulan Januari tahun ni dah 2 tahun aku kehilangan kereta kesayanganku sob sob... 4hb Januari, birthday arwah abah...sedihhh.. Al Fatihah untuk arwah Abah.. Ya Allah Kau kurniakanlah Syurga-Mu buat kedua ibu dan ayahku tanpa hisab. Semoga kami dipertemukan di Syurga-Mu ya Allah. Amin Ya Rabb..   


Gambar dari pakcik Google.

No comments: