Sunday, January 7, 2018

WaRnA-WaRnI 2017

Assalamualaikum...

Good Morning korang....hahaha ramai nau ke yang sudi singgah blog aku nih? Belum lambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 untuk semua yang baca. Okla kan baru masuk hari ke-7 tahun ni. Camne korang punye permulaan tahun baru ni? Best ke ok? Aku? Hmm camne ek...masih sama macam dulu lagi kot...azam? Siapa azam tu? hahaha...

Oklah, pasal azam kita cerita kat entry yang lain ek...entry kali ni untuk buat overall conclusion untuk tahun 2017...cewahhh. Tak banyak nak cerita kot, cuma nanti aku letak caption unuk semua gambar sebagai kenangan tahun 2017. Pada aku, sepanjang tahun lepas banyak la jugak yang manis-manis berlaku dalam hidup aku, yang pahit tu biarlah berlalu..biasalah lumrah hidup kita kan..bila diuji itu tandanya Allah sayang kat kita.. senang itu ujian, susah itu jugak ujian betul kan? 

Ok, lets go...


Ni kenangan aku di Kuching, Sarawak. Alhamdulillah berkesempatan jumpa dengan kawan lama masa matrik dulu dan lecturer fizik masa matrik tu jugak. Seronok dapat jumpa sejak sekian lama tak jumpa..last jumpa pun masa kenduri kahwin diorang la..sekarang anak diorang pun dah besar. Terima kasih Hamidah dan En Fauzi atas layanan korang semasa kunjungan mengejut aku... hahaha ni first day aku sampai sana ni.


Ni kat Sarawak jugak, masa ni dah nak balik rasanya...jalan-jalan kat Kuching dulu.. Cik kenit Awla tu pun masa ni belum boleh berjalan lagi.. Terima kasih buat adik aku yang duduk kat sana sebab sponsor semua perjalanan aku kat sana. Nanti sponsor la lagi ek...



Yang ni geng bas sekolah aku dulu hahaha...kawan2 sekolah menengah...masih contact sampai sekarang alhamdulillah walaupun masing-masing dah tinggal jauh dan beranak-pinak kecuali 3 orang hahaha. Geng bas sekolah sanggattt padahal aku sorang je tercampak duk kat asrama, yang lain2 semua duk luar. Ni kitorang jumpa masa birthday kawan aku yang pakai spek hitam tu...kitorang beza sebulan je dia 13/8 aku 13/9 haha best2...ha tak lupa yang tukang amik gambar tu pun birthday dia 11/8, dah lama kitorang tak jumpa akhirnya berjumpa jugak, walaupun mula-mula proses nak atur masa masing2 tu agak sendu jugak memasing. 



Haaa 2 gambar kat atas ni, reunion "Adik Beradik Gossip" hahaha...tulah nama group whats app kitorang...dulu, kini dan selamanya..ni cukup la 6 beradik yg perempuan aje..yang lelaki tak join sebab dia sorang je, so buat la group sendiri sorang2 hahaha... yang ni pun bukan senang nak berjumpa sebab yang sorang tu tinggal kat Sarawak, so kena tunggulah dia balik time cuti sekolah. Tudung tu beli sama2 sebab nak pakai sama-sama macam tu lah...huhuhu aku pun terpaksa la jugak pakai walaupun aku tak reti nak belit-belit nih....yang ni pun adik aku yang tolong belitkan..akak memang tak reti korang...so kalau aku sorang-sorang keluar, memang tak akan aku pakai la shawl2 nih...nak carik tempat nak makan2 tu kelako sangat...kitorang pergi sampai 3 tempat, macam2 kejadian...tempat close for private event la, sesat carik parking la..akhirnya lunch kitorang pukul 4 gitu..masing-masing lapar kemain..


Ni antara menu yang kami order cheesy nachos..rasanya kalau nampak benda ni dalam menu, memang kitorang akan order.. suka sangat, tapi yang ni so so je lah rasa dia walaupun harga mahal berdengung...haha


Ok, ni pulak masa kitorang buat mock training untuk subject Training Management.. huhuhu masuk yang ni, dah 3 kali kitorang buat mock training untuk 3 subject yang berbeza...yang tengah2 tu lecturer kitorang tau...bukan ahli group..haha elok je kebetulan dia pun pakai baju hitam sama ngan kitorang.. 


Yang ni, geng buat assignment untuk subjek Ergonomik. Kitorang memang selalu bersama dalam satu group untuk buat assignment. Kadang2 berempat, kadang2 berlima, dan jarang2 berenam..haha dah macam teka-teki Nujum Pak Belalang dah..tapi yang penting sekali, kitorang nih suka buat makan2 bersama..tiap kali nak gi kelas, mesti buat mesyuarat nak makan apa dulu, kadang2 kitorang pakat2 memasak, kalau tak sempat, kitorng gi la makan kat mana2.


Ni salah sorang daripada yang dalam gambar ni yang belanja kami makan Manhattan Fish Market, alhamdulillah rezeki kami memang tak tolak...


Terselit sekor kumbang dalam geng makan2 kitorang. Kumbang bukan sebarangan nih, kumbang ni pandai masak tau. Puding roti dia sedap sangat.


  

Ha nampak tak aku tak tipu? hahaha kami pakat2 masak sorang sikit, so masing2 ada menu untuk bawak, yang x boleh bawak makanan bawak pinggan @ sudu @ air...best kan?  jadilah kan asalkan kenyang.


Yang ni first time kami jejak masuk Restoran KAWD kat Ampang Waterfront.. Haha nama je duk kat Ampang. Tukang belanja yang baju hijau tu.. Alhamdulillah sedap makan kat sini with affordable price.


Makan kat Restoran ZZ Sup Tulang kat Setia Tropika.. menu utama mesti makan walau dah berkali2 cuba...Mee Rebus...memang terbaik!



Tiga gambar kat atas ni, masa kitorang buat trip menghantar assignment aka PSM (Projek Sarjana Muda) Cadangan. Ni first time aku sampai Fakulti Pengurusan kat UTM Skudai. Oklah seronok, tapi yang tak bestnya kitorang lepak kat lobi yang tak ada aircond sambil menunggu kawan2 yang belum habis dan nak buat last touch up sebelum hantar. 


Hat ni, aku first time masuk kolam renang yang ada kat rumah adik aku ni. Dah 2 tahun duk sini tak pernah teringin nak masuk pun. Tapi sebab hari tu tak ada orang kat situ, so aku masuk je la demi budak kecik yang aku pegang tu...hahaha aku ngan 2 orang adik aku beronok-ronok tak hengat masa tu. 


Ok, yang ni last...panjang jugak entry aku kali ni.. ni kami pergi majlis kesyukuran masuk rumah baru oleh sepupuku yang pakai tudung cekelat kat tengah2 tu (pandai2lah korang teka yang mana satu). Sebabkan sepupu, kami pun takdelah malu2 nak bantai makan apa yang kami nak...semua benda yang dihidang kami cuba..Alhamdulillah balik dengan perut yang kenyang. Balik tu kami terus ke KLIA hantar adik aku yang Sarawak tu balik Langkawi pulak..huhuhu sedih.

Ok, inilah entry permulaan untuk tahun baru ni.. tak sangka pulak panjang entry kali ni. Taip good morning, tapi post dah evening...hahaha.. Jumpa lagi di entry seterusnya..

No comments: