Sunday, August 20, 2017

ThRoWbAcK; 2.ChAr KuE tEoW

Salam hujung minggu, rajin pulak aku taip entry kali ni ye...hahaha nak cepat sebenarnya ni, rasa macam nak keluar rumah jap..tapi kena selesaikan mop lantai dulu hehehe. Sementara aku tengah rajin ni, mohla kita main campak-campak belakang dulu...
Korang sarapan dah ke? Aku? Biasalah malas nak masak, so tahan dulu la lapar tu hahaha..tu gambar lama ye, tengok tarikh kat gambar tu tahun 2012 kihihkih...sebab tu throwback. 
Ada cerita di sebalik kue teow nih...kenangan aku dengan arwah emak...ye tinggal kenangan je emak aku dah pergi menghadap pencipta kita semua...Al-Fatihah...Allahu sedih pulak aku..bukan bergenang air mata dah ni...hujan terus..
Ni lah menu kegemaran emak aku, suka betul dia kalau aku masak camni..dan sepanjang sakit dia semakin tenat, kue teow ni je antara yang dia mampu telan dengan syarat jangan letak cili langsung.. Alhamdulillah aku terpilih untuk berbakti kepada emak di saat-saat akhir hidup dia. Aku dapat teman emak pergi hospital setiap kali temujanji dia dengan doktor pakar kat Hospital Serdang dengan HUKM untuk sesi radioterapi.


Oklah, rasa macam tak mampu pulak nak teruskan cerita. Jangan tanya resipi ye..aku pun macam tak ingat macam mana nak masak cenggitu dah...nanti-nanti aku cerita pasal emak lagi. Hahaha sekadar kenangan untuk diri sendiri je, entah ada ke orang yang baca blog aku nih...siapa baca? Cer komen..kalau xde komen tu, maknanya aku anggap je aku sorang yang baca.


FiRsT EnTrY of ThRoWbAcK; 1.KeReTaKu HiLaNg...

RIP WNK2012..
ni je gambar yang aku jumpa aku dengan kereta ni...

Ok, dah janji nak buat entry throwback apa yang dah jadi sepanjang kehilangan aku daripada dunia blogging 3 tahun lepas kan. Kita mula dengan cerita sadis dulu..huhu rasanya banyak sangat cerita sedih yang aku nak cerita dalam ni..tapi yang ni yang mula-mula aku ingat nak cerita.. Kereta pertamaku hilang! Huwaaa sedih giler...
Cukup 10 tahun kereta ni berkhidmat dengan aku, hutang dengan bank pun dah selesai, tarikh hilang 18.01.2016 (yang ni masa sedar kereta tu hilang) kemungkinan kejadian hilang mungkin sehari atau dua hari sebelum tarikh tu..aku tak pasti sebab aku tak keluar rumah 2 hari berturut cuti hujung minggu tu sebab jaga emak yang sakit kat rumah adik. Tapi aku tak nangis pun masa kereta tu hilang, sebab masa hari terakhir aku park kereta tu, aku dapat rasakan sesuatu..siap aku lock gear lagi masa tu sebab dalam hati aku berkata-kata, kalau orang nak curi susah sikit dia nak masuk gear...hahaha akhirnya apa yang aku rasa, jadi betul-betul. Memang la nangis tak berlagu jadinya. 
Apapun, kereta tu memang tak dapat dikesan hilang ke mana..hahah yang aku heran masa tu...kancil pun orang nak curik...sadis betul. Dahla aku baru je servis aircond baik punye siap ganti spare part baru, betulkan bearing tayar...masa tu habis dalam RM700++ dan aku belum pun setelkan lagi payment sebab guna kad kredit muahaha...
Tapi aku tetap bersyukur sebab kereta ni banyak sangat berjasa kat aku, kereta carik makan hahaha...ke hulu ke hilir aku kerja berulang alik dari satu klinik ke satu klinik guna kereta ni. Sepanjang aku guna mileage baru nak cecah 60K hahaha sampai gi servis orang ingat aku cikgu sebab mileage rendah sangat. Mana taknya, nak gi jalan-jalan aku guna kereta adik aku haha so, kereta ni memang 90% untuk gi kerja je la. Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupakan, kereta ni lah jugak yang aku guna bawak abah ngan mak berubat. Berjasa jugak dia kat mak abah aku...huhu sedih... Alhamdulillah segala urusan repot polis dan insurans kereta ni dipermudahkan, terima kasih banyak-banyak kat adik ipar aku sebab banyak tolong aku carik kereta kat sana sini, call MPAJ la, DBKL la untuk pastikan samada kereta tu kena tarik ke tidak, bawak aku gi buat repot polis. Dan hantar aku balik umah mak amik geran dengan polisi insurans. Repot polis memang selesai hari yang sama la, cuma insurans aku selesaikan selepas tu sendiri. Pihak insurans pun bayar ganti rugi penuh ikut jumlah insurans yang aku insuranskan untuk kereta tu, dan bayaran dibuat memang cukup 6 bulan selepas kereta hilang hahaha...yang ni pun aku bersyukur sangat sebab Allah atur semua qada' dan qadar ni cantik, duit pampasan tulah yang aku guna sepanjang aku tak bekerja jaga emak aku yang sakit. Oklah itu je kisah si kancil maroon WNK 2012 yang banyak berjasa, syukur Allah pinjamkan untuk aku dan permudahkan banyak urusanku dengan kereta ni. Sampai hari ni aku masih tak carik kereta lain lagi untuk ganti kereta ni...punyalah setia hahahahahahaha...tipuuu bukan sebab setia, sebab aku tak ada duit nak beli kereta baru...ok sekian kisah pertamaku.

ni gambar masa kereta ni baru je aku beli...berkilat lagi hahaha..