Sunday, August 26, 2018
PuDinG RoTi DenGan Sos BuTteRscOtcH
Friday, July 27, 2012
GaRLiC RoLL
Monday, October 31, 2011
Purple Sweet Potato Rose Mantou
ni sebelum masuk bilik sauna |
pandangan dari atas nmpk tak sama besar |
Saiz tak sama besar |
Seronok bila tengok hasilnye Cara nak buat bentuk bunga tu, boleh klik kat link pd resepi ye...aku tak buat step by step. |
Friday, October 21, 2011
My HoMeMaDe PiZza....
Tuesday, July 20, 2010
Selamat Pagi...
Bahan2
- Roti sandwich (agak2 dlm 1/2 buku kot)
- 300g daging ayam cincang (nk guna daging pun boleh)
- 1 labu beso bwg kuning
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit stok ayam knorr (hehe promot nih)
- 3 @ 4 biji telur dipukul manja..
- 1 sudu besar minyak masak
Cara2:
- Panaskan minyak, tumis bwg hingga layu.
- Masukkan daging ayam cincang, sos tiram, garam (jgn byk sgt sbb sos tiram dh masin), serbuk lada hitam, serbuk stok ayam...masak hingga agak kering.
- Dalam bekas lain, sediakan telur dan masukkan bhn2 yg dimasak tadi, kacau rata.
- Sediakan pan utk goreng telur tadi, panaskan guna sedikit minyak.
- Bila pan dh panas, sendukkan bancuhan telur ke dlm pan dan ditekapkan dengan sekeping roti..biar hingga telur betul2 masak sambil dibalik-balikkan roti tadi.
- Dah masak sedia dihidang bersama hirisan kobis, timun, tomato serta mayonis dan sos cili...
Ada paham ka?..aku reti weh..nk buat ayat2 memasak nih..kira ok le tu ek?? prasan :)...chow..solat subuh dulu...
Saturday, December 19, 2009
BuN PaNdAn BeRkAyA..
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat kaya roll pun ok, canai adunan rata2, sapu kaya dan gulung macam swiss roll, pastu kerat dan susun. Bila sampai waktu membakar, spray air dan tabur kelapa kering.
Sunday, July 19, 2009
Bun Kacang Merah
- UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan "on". Tunggu hingga siap.
- UNTUK INTI KELAPA :- Gula melaka dipotong kecil2 dan satukan bersama gula pasir dan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis air gula tadi ke dalam kuali. Masak hingga gula berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Gunakan api perlahan.
- UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 20 biji bun...
Wednesday, June 24, 2009
BuN CoKlAt....
- Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.
Friday, June 5, 2009
HomEmaDe PiZza
Bahan2:
*Bahan A
480g tepung roti
120g tepung gandum
110g gula (aku kurangkan jadi 85g)
10g garam
4sk yis (aku pakai 1 paket mauripan 11g)
*Bahan B
1 biji telur
300ml air
*Bahan C
60g butter lembut (aku guna marjerin)
Cara2:
1. Satukan bhn A hingga sebati, tambah bhn B hingga menghasilkan doh. Campur bhn C dan teruskan menguli hingga doh menjadi lembut & kental.
2. tutup doh dgn plastik dan biarkan naik 2x ganda
3. Uli/tumbuk2 doh utk keluarkan angin dan sedia utk dijadikan beberapa jenis bun.
4. Panaskan oven pada suhu 170 oC dan bakar bun selama 20-25 minit
Selamat mencuba...
Thursday, June 4, 2009
SaLaM HaRi KhaMiS
nih sebelum kena bako...
taraaa...dah siap..jom makan...
Bahan-bahan
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)- masukkan susu skit2 sbb adunan agak lembik klu masuk semua.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
(untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
Cara-cara
Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap.
Minggu lepas, masa aku baca glosari kt MyR aku terjumpa pasal digital kitchen scale..ada maklumat pasal DS yg murah n berbaloi rasanya..aku baca ada jual kat MR DIY pucong, macam penah dengar je tpt tu...ingat punye ingat, rupenyer sebelah kedai tpt aku slalu gi cari kertas printer tuk klinik hehe..so masa kena gi pucong last week, aku sesaje je la kan amik order nk beli kertas printer...(hehe ada maksud len sebenaqnya) then, tepat jangkaan aku..maka terjadilah kejadian membeli DS iteww..murah je..RM38.50...ada sesape nk order? Berbaloi la rasanye...sbb selama ni aku survey kt JJ sume regenye mahal...dekat RM100 gitu...dah jumpa yg murah kan..rembat je la...hehe..xde la juling biji mata aku mengira scale guna penimbang yg guna jarum macam jam tuh...kehkehkeh..tima kasih bebanyak le kpd pemberi maklumat kat MyR tu..
Sunday, May 10, 2009
sALam HujUnG MinGgu
Pau goreng ciken black paper (3 ketui je bwk gi kije..hehe)