Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Saturday, April 13, 2019

Apa KhAbAr?

Assalamualaikum...Selamat pagi nak masuk tengahari semua hahaha...
Lama jugak aku tak update blog rupanya..cek punye cek...kenapa aku tinggalkan update sebelum ni...nak try update tadi baru perasan Geoogle Chrome aku problem sebelum ni...aku unisntall yang lama, install baru terus problem...tak boleh upload gambar...katanye google tak recognised email yang aku guna tu...huhuhu la jugak.....pastu try guna Mozilla pulak....Alhamdulillah ok dah...hehehe. Sebab apa unisntall? Sebab sebelum ni ada download something yang rupanye aku salah download...ingatkan apps yang memang aku nak..tapi rupanye apps iklan...huhuhu tension je bila kita tengah guna, pop up keluar iklan2 yang ntah hape2...and semua2 tu memberatkan laptop aku...maka aku carik jalan untuk buang benda2 tu, sayang wehhh laptop ni haha...makanye terjadilah semua kejadian yang tak diingini tersebut...habis password pun kena reset...dah reset pulak, tak boleh syncronize grrrrr....makanya lepas ni aku akan uninstall Chrome teruslah dan cari lain pulak la...Safari maybe? atau ada sesiapa nak suggest yang lebih bagus? Oklah...sekian bebelan untuk hari ini...dah masuk Zohor pun...hahaha banyak nau iklan nak menaip ni. 
Oh ye...gambar nasi lemak tu gambar lama...bulan 2 lepas kot aku masak...hmmm rasa macam dah lama betul tak masak nasi lemak...manusia2 kat dalam rumah ni tengah diet, so aku kena lupakanlah bab2 masak yang sedap2 ni haha...nak masak pun takde mood dah sebab takde orang nak makan, aku masak, aku yang kena habiskan...kadang2 aku repeat on makan makanan tu the whole day ok...so bosan dan bila dah repeat tu korang pepaham ajelah...macam dah tak boleh nak telan rasanye hahaha...so mohler kita pun diet2 ayam sekali hehehe...

Wednesday, January 31, 2018

HaRi TeRakHiR JaNuaRi

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2 dan sahabat..
Alhamdulillah hari ni cuti..maka bolehla aku duk santai2 atas katil sambil mengadap blog ni sekejap. Ke mana kawan2 cuti ni? Untuk warga KL esok pun cuti jugak...wahhh cuti panjang minggu ni. Selamat bercuti ya..aku cuti bergantung pada cuti orang lain...hahaha kalau esok ada orang kena kerja, maka esok aku pun kenalah kerja. Hmmm sedar2 hari ni hari terakhir bulan Januari...macamana korang punye permulaan tahun baru di bulan Januari ni? Aku? hmmmm itulah tu...ada suka ada duka...cuti, exam dan dapat result...down sekejap bila tengok result exam sendiri. Kali ni down sampai gastriklah...hahaha teruk kan... apa2 pun aku kena kembali kepada hakikat diri sendiri atau senang kata sedor dirilah...hahaha aku tak segenius orang lain. Masa nilah baru terasa ruginya tak sambung belajar akaun jugak...hahaha sengal. Jangan ikut aku ye kawan2...Ada hikmah Allah takdirkan aku lalui semua ni....sambung belajar pun atas dasar suka-suka je mulanya...tapi bila Allah temukan aku dengan kawan2 yang bersemangat, aku pun mula dapat 'nur' hikmah aku sambung belajar..banyak belajar benda baru...jumpa kawan baru dapat pengalaman baru...yang penting, aku rasa muda seploh tahun....hahaha mana taknya kawan2 pun ramai yang muda2 belaka, sampai diorang ada yang ingat aku baya2 diorang je hehehe bab ni memang syiok giler perasan. Siap ada orang mengorat lagi...hahaha tapi dia muda sangatlah...seploh kali aku pikir untuk nak terima ke tak nak terima...akhirnya aku pelan-pelan jauhkan diri aku dari dia dengan doa sekiranya betul dia jodoh buat aku, Ya Allah dekatkan dia kepadaku dan sekiranya bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia daripadaku....maka keputusannya sekarang? hahaha aku rasa dia dah jauh kot satu sem lepas tak pernah terserempak atau terjumpa dah dengan dia, even sebenarnya rumah dia pun sangat dekat je dengan rumah aku, ha nampak tak kuasa doa?....adalah jumpa sekali hari tu sebelum exam masa kat library tapi tak bertegur sapa pun.. Ok next....hahaha. Apa2 pun aku sentiasa berdoa semoga Allah pertemukan jodoh yang betul tepat pada masanya. Tak usaha ke? Hehehe aku ni pemalu yang amat orangnya bila dengan orang lelaki ni...hahaha awak mulakan dulu boleh? Aku tak beranilah bila berdepan ni...malu weiiii...Ok, nanti2 kita cerita pasal jodoh. Oh ye, bulan Januari tahun ni dah 2 tahun aku kehilangan kereta kesayanganku sob sob... 4hb Januari, birthday arwah abah...sedihhh.. Al Fatihah untuk arwah Abah.. Ya Allah Kau kurniakanlah Syurga-Mu buat kedua ibu dan ayahku tanpa hisab. Semoga kami dipertemukan di Syurga-Mu ya Allah. Amin Ya Rabb..   


Gambar dari pakcik Google.

Monday, November 20, 2017

SeTaHuN SuDaH: AlFaTiHaH

Sebelum mulakan post ni, aku mintak jasa baik yang membaca kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Noh Binti Ibrahim...Al-Fatihah..
Jazakumullahu khairan khatira buat yang sudi sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah mak..Semoga Allah balas jasa baik anda dengan kebaikan yang melimpah ruah...Aamiin Ya Rabb...

Siti Noh Binti Ibrahim
04.02.1956-16.11.2016


Bismillahirrahmannirrahim...
Aku tak ada kata-kata sebenarnya nak mulakan post ni..
Tapi aku tetap nak taip sesuatu sebagai kenangan, walaupun mood aku masa ni sangatlah 'swing', dengan berdebar risau nak siapkan thesis, nak siapkan assignment yang lain....tak tahu nak kata apa...kadang tu tiba-tiba je kepala aku boleh terus berdenyut, sangat sakit...tapi aku kena kuatkan semangat jugak, demi nak habiskan apa yang dah aku mulakan...
hihihihi tulah gatai sangat nak sambung belajar..
Mak, Dik Yah rindu sangat kat mak... 
Rindu nak salam & cium tangan mak
Rindu nak peluk mak
Rindu nak mandikan mak
Rindu nak teman mak makan
Rindu nak bawak mak jalan-jalan shopping
Rinduu...rindu sangat dengan semua yang kita buat sama-sama
Lepas arwah Abah pergi, kita banyak masa bersama
ke mana-mana pun pergi mesti mak nak ikut sama..
Pergi hospital setiap kali ada appointment dengan doktor, 
setiap kali mak ada sesi radiotherapy
daripada mak boleh berjalan sendiri, 
pastu mak kena berpimpin,
pastu mak kena guna kerusi roda,
sampailah mak terbaring..
banyak sangat kenangan dengan mak...
sampai hari ni masih terbayang-bayang semua tu
Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk jaga mak sepenuh masa 6 bulan terakhir mak di dunia ni...sampailah saat-saat nyawa mak sampai ke penghabisan...syukur
biarlah orang tak paham apa perasaan aku masa tu...
zahirnya orang cuma nampak aku suka tidur dalam kelas setiap kali ada lecture..
tapi aku rasa keberkatan doa mak, masa tu...
Ya Allah rasa amazing sangat...
yelah aku memang tak boleh nak tumpu kat dalam kelas...
memang selalu mengantuk pun...
tapi aku tak pernah missed pergi kelas
Alhamdulillah, result exam aku agak baik masa tu 
(sebab aku bukan student yang pandai)
walaupun bukanlah straight A pun...hahaha
Tapi aku dapat rasa tempias Barokah itu...
Cuma, sekarang ni bila mak dengan abah dah tak ada
lain sangat rasa...terutama bila nak keluar rumah
tak ada dah salam peluk cium...
tak ada dah doa yang mengiringi setiap kali nak exam
tak ada dah.....
tak ada dah....
tak ada dah....

Allah....
Kau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu dan bapaku
Kau kurniakanlah Syurga buat mereka tanpa hisab...
Aamiin Ya Rabbal Alamin... 

ok, dahla tu...
basah dah baju aku...
tu je yang aku pandai taip...
aku bukan jenis penglipur lara
aku tak pandai nak berhujah
sebab tu result exam aku cukup2 makan je...hahaha
tiba-tiba teringat kat sorang kawan ni..
kitorg xdelah rapat sangat pun...
baru je bertegur sapa...selama ni dok tegur guna isyarat je...hahaha
dia heran bila aku sebut result aku untuk satu subjek yang kitorang sama-sama amik
siap berkerut dahi tu yang tak tahan...
yelah...awak bukan kenal saya pun
mana awak nak tahu saya ni bukan daripada golongan orang yang pandai kan...
cuma dapatlah sikit-sikit tempias pandai daripada kawan-kawan rapat yang pandai-pandai belaka...
hahahaha....sungguh aku tak tipu.
terutamanya subjek yang berkaitan dengan agama hahaha
memang tak pernah dapat A
Result PAI PMR aku C ok...hahaha buat malu je

Sunday, August 20, 2017

FiRsT EnTrY of ThRoWbAcK; 1.KeReTaKu HiLaNg...

RIP WNK2012..
ni je gambar yang aku jumpa aku dengan kereta ni...

Ok, dah janji nak buat entry throwback apa yang dah jadi sepanjang kehilangan aku daripada dunia blogging 3 tahun lepas kan. Kita mula dengan cerita sadis dulu..huhu rasanya banyak sangat cerita sedih yang aku nak cerita dalam ni..tapi yang ni yang mula-mula aku ingat nak cerita.. Kereta pertamaku hilang! Huwaaa sedih giler...
Cukup 10 tahun kereta ni berkhidmat dengan aku, hutang dengan bank pun dah selesai, tarikh hilang 18.01.2016 (yang ni masa sedar kereta tu hilang) kemungkinan kejadian hilang mungkin sehari atau dua hari sebelum tarikh tu..aku tak pasti sebab aku tak keluar rumah 2 hari berturut cuti hujung minggu tu sebab jaga emak yang sakit kat rumah adik. Tapi aku tak nangis pun masa kereta tu hilang, sebab masa hari terakhir aku park kereta tu, aku dapat rasakan sesuatu..siap aku lock gear lagi masa tu sebab dalam hati aku berkata-kata, kalau orang nak curi susah sikit dia nak masuk gear...hahaha akhirnya apa yang aku rasa, jadi betul-betul. Memang la nangis tak berlagu jadinya. 
Apapun, kereta tu memang tak dapat dikesan hilang ke mana..hahah yang aku heran masa tu...kancil pun orang nak curik...sadis betul. Dahla aku baru je servis aircond baik punye siap ganti spare part baru, betulkan bearing tayar...masa tu habis dalam RM700++ dan aku belum pun setelkan lagi payment sebab guna kad kredit muahaha...
Tapi aku tetap bersyukur sebab kereta ni banyak sangat berjasa kat aku, kereta carik makan hahaha...ke hulu ke hilir aku kerja berulang alik dari satu klinik ke satu klinik guna kereta ni. Sepanjang aku guna mileage baru nak cecah 60K hahaha sampai gi servis orang ingat aku cikgu sebab mileage rendah sangat. Mana taknya, nak gi jalan-jalan aku guna kereta adik aku haha so, kereta ni memang 90% untuk gi kerja je la. Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupakan, kereta ni lah jugak yang aku guna bawak abah ngan mak berubat. Berjasa jugak dia kat mak abah aku...huhu sedih... Alhamdulillah segala urusan repot polis dan insurans kereta ni dipermudahkan, terima kasih banyak-banyak kat adik ipar aku sebab banyak tolong aku carik kereta kat sana sini, call MPAJ la, DBKL la untuk pastikan samada kereta tu kena tarik ke tidak, bawak aku gi buat repot polis. Dan hantar aku balik umah mak amik geran dengan polisi insurans. Repot polis memang selesai hari yang sama la, cuma insurans aku selesaikan selepas tu sendiri. Pihak insurans pun bayar ganti rugi penuh ikut jumlah insurans yang aku insuranskan untuk kereta tu, dan bayaran dibuat memang cukup 6 bulan selepas kereta hilang hahaha...yang ni pun aku bersyukur sangat sebab Allah atur semua qada' dan qadar ni cantik, duit pampasan tulah yang aku guna sepanjang aku tak bekerja jaga emak aku yang sakit. Oklah itu je kisah si kancil maroon WNK 2012 yang banyak berjasa, syukur Allah pinjamkan untuk aku dan permudahkan banyak urusanku dengan kereta ni. Sampai hari ni aku masih tak carik kereta lain lagi untuk ganti kereta ni...punyalah setia hahahahahahaha...tipuuu bukan sebab setia, sebab aku tak ada duit nak beli kereta baru...ok sekian kisah pertamaku.

ni gambar masa kereta ni baru je aku beli...berkilat lagi hahaha..

Monday, July 31, 2017

KiNi DaKu KeMbALi....

 hehe..cak!!! Assalamualaikum...
Aku saje-saje bukak blog nih...lama rupanya aku tinggalkan dunia blogging haha...makan tahun jugaklah blog ni bersawang. Macam-macam jadi masa aku tak bersiaran..konon-konon nak stop terus, tapi macam best pulak nk mula semula walaupun aku tau tak ada siapa pun yang nak baca cerita-cerita mengarut aku ni.. ye la sekarang semua orang dok aktif dengan facebook, tweeter, instagram... tapi aku memilih untuk menyepi sekejap daripada semua tu, sebab utama skrin telefon aku dah rosak! haha.. so malas nak hantar baiki (walhal tak ada duit) hahaha... maka terimalah gambar-gambar throw back ni dulu..nati-nanti aku sambung lagi...banyakkkk sangat cerita yang aku simpan..
Babaiii...

Wednesday, January 1, 2014

SeTaHuN SuDaH...

Assalamualaikum...

Salam kembali....cewahhh...macam ada peminat je gayanye ye? hikhikhik...sedar tak sedar lebih setahun aku menyepi tanpa apa-apa update....uhuk uhuk berhabuk sudah blogku..ok bismillahirrahmanirrahim...terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 semua...semoga hari-hari yang mendatang dapat kita tempuhi dengan tenang dan sabar dengan ujian-ujian yang bakal dihadapi. Tipulah kan kalau kita tak di uji langsung, sebagai manusia ujian adalah peringatan dari Allah agar kita lebih berhati-hati dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang penuh warna-warni ni. Ujian juga buat manusia menjadi semakin matang dalam berfikir dan bertindak. Ok2 takmo bebel2 di sini panjang2...hihihi.



Haaaa...nampak tak tu? 2014 in progress...hihihi. Mari kita reset semula minda kita...yang mana nak berazam tu mari kita set balik azam baru...tiap2 tahun renew pun takpe kan?...mesti orang kata "alahhh tiap2 tahun renew azam...takde perubahan pun" hahaha...memang kadang2 tu betul la apa orang kata...tapi tak salah kan kita renew? sekurang-kurangnya kita punya cita-cita, harapan untuk diri sendiri...mestilah nak yang baik2 kan? sape yang nak boh azam yang negatif kan? Tapi kali ni kita buat lainlah sikit...kita renew dengan doa...semoga Allah bantu kita dalam perjalanan untuk kita mencapai cita2 kita tu...semoga Allah permudahkan segalanya...barulah seronok sikit...sebab kita jadikan Allah sebagai sandaran kita untuk mencapai kejayaan...tapi kita kena ingat jangan ingat Allah masa kita susah je, masa senang lebihlah lagi kan kita kena ingat kepadaNya...ok? tazkirah ini lebih untuk diriku yang lemah ini..semoga yang membacanya juga beroleh manfaat.


 hahaha...taknak panjang2...akhirnya panjang jugak entriku kali ini. Ok...doakan aku berjaya update entri baru setiap hari ye...erkkkk? ye ke setiap hari? hmmm at least sebulan tu mesti ada entri la kan? Amin...
Doakan aku boleh jawab exam esok ye..hahaha ok2 nak study la nih..

Tuesday, October 23, 2012

CiCaK BeSaRRRR!

Selamat pagiii...
 
Sape geli ngan natang kt bwh nih? erkkkk...tak bermakna aku letak gambo nih aku x geli ye...kikiki..saje je letak entri baru sbb aku tgh bengong2 nih..dan cari2 gambo nk letak..dah xde gambo makanan dah...maka aku letak lah gambo makhluk Allah nih...hehehe jgn ada yg lempor laptop ke keyboard ke udah le..
 

 
Nak gak cerite kenape aku tangkap gambar natang nih..inilah makhluk penunggu bilik air kt umah aku di pagi2 buta 22.08.2012 (sbb ada kt gambo) yang lepas...perghhhh punyerlah mencabar akal dan mindaku masa tu..korang bayangkan, korang masuk pagi2 utk nk membuang..tup tup tiba2 korang nmpak lak natang nih berkeliaran xde arah nk ke mana...haaa apa korang buat? heehee aku boleh lak masa tu aku terkunci mulut dari nk menjerit sakan...ofkos selalu walau nmpk kelibat aje pun, satu pelaung boleh dengar suara aku menjerit...ekekeke kali nih x sempat lak nk jerit2 sakan..terkedu terus! Dahla besar dari cicak2 biasa...eeeeeuwww! pastu dia masa tu xleh nk panjat dinding nk keluar pulakk..lagilahhh aku gelabah sakan..mana tau dia melilau ke arah aku..mana aku nk pi? hahaha
Alkisahnye...maka menahanlah aku untuk beberapa jam kemudian...muehehe..hanya Allah je tau betapa sengsaranya perut aku masa tuh huhuhuhuuuuu...akhirnye adik aku tolong halau dia..dia pi panjat kt atas palong air kt siling...erkkk..lepas tu, everytime mau masuk bilik air, aku akan pandang atas dulu..seremm ekekeke..senyap jap...
Then, beberapa lama lepas tu erkk x ingat bile..lama gak la..masa aku balik dr kerja aku nmpak natang nih sebijik2 dok mati tergolek kt tepi longkang umah jiranku..maka dengan senang hatinye..aku isytiharkan yg cicak besar dah matii yahoooo...tapi! ada gak tapi..dah hepi2 masuk bilik air tanpa rasa gangguan mental..tetiba baru2 nih masa aku baru hbs mandi nk keluar dr bilik air tu..tetiba aku dengar bunyi pelepap! benda besar jatuh dr atas..aku tengok ler..heeeee ada lagi rupenye dia...uwaaaa cepat2 aku halau ngan air serai wangi afiy hanif tu...sembur2 smpai dia keluar kot tingkap...lepas tu x nmpak dak kelibat dia...sekian. Ok..dah nk pi buat kerja...hehehe ntah apa2 ntah aku nih..sebenarnyer tgh x keruan, bengong, bengang, mcm2 lagi lah..tapi letak cite pasal cicak lak..wakakaka..

Friday, September 21, 2012

CoRnFlAkEs MaDu

Bismillahhirrahmannirrahim...
 
Salam Jumaat yg indah permai...ehehehee berayat2 lak aku di hari Jumaat nih..ada ke yg rindu sama gue..ekekekeee slalu lah buat ayat2 perasan kan? hari nih terasa nk mengapadet lak..saje2 je test kelancaran internet kt opis nih..eh boleh lak nk upload gambo..maka tertaip lah entry baru hr nih...tajuk cornflakes madu..tapi cerita merapu..haha org tayang kueh raya time belum raya, aku lak tayang lepas dah habis raya, buat pun masa dh nk habis raya.. 09/09/2012 (sbb ada kt gambo tu).. kes malas lah nih..tangguh punye tangguh punye tangguh..akhirnye jadik gak..itupun ada peristiwa masa tgh masukkan dlm paper cup tuh...hehe aku dpt panggilan yg klinik tempat kerja ku di rompak...uwaaa menangis adik aku menyiapkan sensorg..sian dia..apa2 pun terima kasih banyak2 ye Lela.. suka buat biskut nih sbb senang nk buat dan cepat habisss....
 
Sumber Rujukan: Hana Memories

Bahan-bahan
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu
  • manik warna warni untuk hiasan 
  • 1 cawan kacang badam (optional)
Cara-cara
  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu.ratakan.
  3. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)
 Ha..kat bawah nih tayang kek pulak..my birthday la sape lagi hikhik...bertambah lagi usiaku. Yg bestnye, aku smbut birthday mesti beramai2..sbb kt dlm family pun ramai yg lahir bulan 9, 2 org kakakku smbut anniversary dlm bulan nih gak, kt tempat kerja pun ada 3 org sambut birthday bulan 9 gak, lagi best sbb tarikhnye berturut2 11, 12 & 13hb , so bulan sembilan bulan yg meriah....chewahhh. Gambo kek kt bawah nih adalah pemberian sahabat baik aku sejak sekolah lagi..actually dia dtg utk ambil barang yg dia beli dariku, sambil2 tu dia bawak sakli kek nih...eeeiiii maluuu tapi sukeee...walaupun aku puasa masa tu dan birthday aku esoknye tp aku tetap gak sambut n potong kek tu ngan kawan2 kt opis..hehehe.
Gambo atas nih masa buat jamuan raya kt klinik, so sambut skali birthday kami bertiga...terima kasih semua sbb sudi sambut birthday kitorng.. Segan pun ada, sbb slalu time kitorg je buat meriah2..hehe. sekian, utk hari nih...panjang berjela lak...

Tuesday, March 27, 2012

MeNyeLit jaP

Assalamualaikum...

Hmm agak lama x menjengah blog nih..tau2 ai dh ada 22 follower, hmm ntah apa yg best ye dlm blog ni smpai ada yg sanggup follow? dahla tuannye mls nk update..apapun terima kasih byk2 kpd yg sudi..maaf sekiranya tuan umah xde..resepi lasagna hr tu pun x masuk2 lagi...gambo2 masakan melambak2 dlm folder, tunggu turn je..satu faktor kemalasan adalah line internet yg sgt2 la selow..nk upload gambo pun teman x lalu..tu yg malas nk update tu..
Hr nih bersiaran dr office je, rest kejap menghilangkan rasa ngatuk yg teramat sgt. dh siap terlena dgn mimpi yg ntah hapa2, sedar2 bangun pi bancuh hot choc sikit..then membebel la kt sini...hikhik..
Minggu nih agak moody, so lebih suke menyendiri. Rasa rimas dgn berbagai persoalan dr teman2 sekerja..hmm dan sampai satu tahap..bwk sgl brg2 gi duk bilik yg xde org..aaahhh lega sikit. Sekian bebelan hr nih..nk sambung krj balik..mata dh ok walaupun tadi ada org tegur, napa mata? lebam macam kena tumbuk? hehehe hanya Alllah je yg tahu apa yg dh berlaku...

Friday, January 6, 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu 2012

Assalamualaikum...

Heee..dah 6 hari masuk tahun baru, baru terhegeh2 nk apdet blog kan??...xpe2 aku punye blog, bukan blog org lain...hmm tahun 2011 aku tinggalkan dengan byk kisah2 sedih..huhu...xpe..kan aku kena belajar jb pemaaf dan redha dgn ketentuan Allah..so far aku masih ok lagi...dan harap2 tahun ni ada la kisah2 gembira yg aku boleh share kat sini nnt. Salah satunye..heee aku akn berpindah office..yeay!! opss Alhamdulillah...bukan tukar krj ye..sekadar bertukar suasana je...itupun masih dlm perancangan, tempat dah dapat, cuma nk kena tggu segala proses utk menetap kt situ lah kan?? siap dah dlm kepala otak ni, berangan mcm2..tak caye? seee........


heee..saje je google smbil berangan nk konsep office cemana

hmm..suke ni..putih dan modern..tapi nk dok dlm bilik sorg2 ngeee demand lebeh nmpk..

Hmmm..sebenarnye tgh sakit kepala ni..hidung tersumbat + pening nk kemas office skg ni cemana pulak...dh lama seh aku x buat operasi membersih..adeh deh..kompem byk habuk.. Dahla next week nk masukkan staff baru, mana la aku nk letak tpt dia ni ek?? huhu skg ni aku dok tamak guna 2 meja skali...hehe tu yg tgh kompius nih..skg kena buat pilihan 1 tpt je ko ade..hihi kan dh pening..

Friday, December 16, 2011

SaLaM KeMbALi.....

Assalamualaikum...

Aiiiichummm....perghhh..berabuk suda belog ini...lama x update tengok2 follower dh bertambah, kt shoutbox pun ada je org visit..huhu..mode aku: M.U.R.U.N.G aka STRESSED...hoho sedang berfikir, patut ke aku luahkan kat sini?? hmmmm...aku plak jenis x pandai nk luahkan apa yg aku rasa so simpan, simpan, SIMPANNNN arghhhhhhh akhirnye aku tensionnnnnn....nk nanges tapi ada ke org nk pujuk bg semangat baru kat aku?

Skg pun rasa nk nanges...(dah pun)...hukhukhuk..patut ke aku undur diri? Ya Allah bantu hambamu ini..rasa nk dok nyorok bwh meja xnak kluar2 dah, sedih ada, aib ada, malu ada, kecewa ada, tertekan??? (mmg sgt2)...

ingt aku sorg je yg nak dok bwh meja..hehe dah ada geng..

first time dlm hidup aku stress smpai demam (wow!! 1 rekod baru!) rupenye demam tu ada hikmah buat aku masa tu..mendengar saja aku sudah cukup stressed apatah lagi kalau waktu tu aku kt situ....mau aku balik masa tu jugak kot...so skg sedang meng'ejas' (haha rosak bahse), membuat muhasabah diri sendiri, belajar memaafkan, belajar jadik lebih SOPAN (huhu sungguh aku kurang sopan upernyer), berfikir sebelum bercakap, lebih fokus(errr ni mcm xnak menyerah je...yup pantang menyerah sebelum kalah), SEMOGA AKU BERUBAH!!! Semoga aku lebih berjaya!!! haha berjaya gak la aku meluahkan kt sini..

hmm..patut ke aku geget laptop mcm ni? Kang belum umur 50 aku dah pakai gigi pelsu...hehe..

Semoga aku menjadi manusia yg lebih beriman, ujian Allah adalah untuk mematangkan diri ini. Mmg mula2 kita rasa demotivated, but then kita kena bangun balik untuk menjadi lebih baik...Ya Allah aku bersyukur sgt2..semoga ujian yang diberi ini akan memanfaatkan diriku, kaum keluargaku, sahabat2ku, dan semua org di sekelilingku...amiiinn..

MODE terkini: LEGAAA....err ye ke??? toing...toing..toing...ada sikit lagi la saki baki perasaan sedih itu...

Semoga Allah jadikan aku seorang manusia yang sentiasa BERSYUKUR..syukur ya Allah..

Monday, September 12, 2011

3 Bulan Hilang...

Assalamualaikum...
Cakkk...hmm...ada yg rindu ke? Alahai..sapela yg nk baca blog aku ni kan? hilang sbb malas nk update n bz ngan krj..tp bila dah tggl krj utk cuti raya hr tu...hmmm susahnye nk start balik...erkkk...tolonggggg....sape ada ubat kasi maintain rajin...lagi satu sejak si twins ni dh pandai berjalan n dah pandai bekerjasama, pandai segala la...susah giler nk bukak komputer kt umah...mesti kena kacau punye...pastu diorg nih xleh nk tggl berdua je...samada diorg akn bekerjasama buat sepah atau salah sorg mesti dikerjakan oleh yg sorg lagi...huhu pengalaman berharga buat diriku...belum jadi ibu aku dah ada 2 org ank, twins lagik...tapi mmg xleh nk handle sorg2 la..hmmm susah kan bila jadi ibu tunggal? macam mana ye bila yg jadi ibu tunggal tu ank2 berderet2 kecik2 pulak tu...xdpt la nk bygkan...mesti susah giler...lagi2 bila yg family do jauh...Semoga pengalaman aku ni adalah sebuah hikmah yang amat berharga buat diriku pada masa akan datang...aminn..

Monday, May 23, 2011

ChOki-cHoKi

hmm..ada sesapa nk choki-choki? bak doposen...eh..eh..dh naik rege kan? hmm bapa nk jual nih? tiga posen ok x? ngeee..jgn marah...ni namanye kurang koje...beli satu kotak nih utk stok ank2 kembarku ngonyel2 di petang hari...tingat zaman aku skola rendah mende nih mmg glemer...tapi aku x minat mana sgt pun....ditambah masa zaman tu..aku cuma dibekalkan duit blanja lima posen je sehari...pandai2la guna....sekolah agama mmg xde duit blanja sbb sekolah depan umah je...so dh ada duit sendirik boleh beli sekotak ko skali..hikhikhik...sapa2 nk pi kedai beli sendirik okeh...chowww..
Sebenornye tgh test amik gambar guna style mini studio...hehehe...apa kata survey? ok x gambar tu? Sila2 mengomen sekiranya anda sudi...saya budak baru belajo...

Tuesday, May 10, 2011

Timbul Setelah Sekian Lama Tenggelam

pic credit to mr google

hmmm nyamannya kalau boleh dok tepi pantai cenggini sambil mkn angin....xleh bebel lama2 just cuma nk timbulkan diri sekejap je sbb dh lama sgt ber'hibernasi" heee...tu je..babaiii.....

Tuesday, December 14, 2010

10 MuHaRrAm

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah...

Wahhhh....sgt lama blog aku ni xde pengisian..xtau la pasai pa. sedar x sedar dah hampir masuk ke tahun baru 2011 dan tahun baru hijrah sudah pun membuka tirai..x lambat rasanya untukku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...Maal Hijrah 1432H. Ada azam baru? hmm..aku rasa azam baru aku lain sikit thn ni, tapi biar aku je yg tau...hikhik bukan kedekut, tapi nnt ada org yg akan perlekehkan.. owhh sugguh x suka akan keadaan itu. Semoga Allah membantu diriku..amiiin (sebak..).
Banyak benda yg aku cita2kan utk thn depan..satu yg aku boleh kongsi disini...aku nak mintak maaf dengan sume org yg aku pernah sakiti hatinya tahun2 sebelum ini (astaghfirullah wa atubu ilaih..egonya aku, sesungguhnya mmg sukar utk melafazkan kata2 maaf itu). Azam ni sebenarnya dah lama aku simpan..mudah2an Allah beri aku kekuatan utk laksanakannya..amin.
Uwarghhhh..dh try upload gambar, tapi x berjaya nmpaknya...ok see u next n3..wassalam.

Monday, August 30, 2010

Salam RaMaDhan....

Salam semua...adeh..deh...dah nak raya baru tuan umah ni timbul balik hik hikhik...xpe2 kita masih di bulan Ramadhan yang mulia, lagi2 10 mlm terakhir ni...xde lain apa yg aku harapkan cuma ibadah aku yang seciput ni diterima Allah swt...rasa sayu lak bila mengenangkan dah hampir ke penghujung...hmm ramai dah kwn2 alam maya aku yg dh siap kukis-mengukis, aku?? xde mood raya lak taun ni..ntah mana hilang ntah..mmg xde niat nk buat kue2 bagai....hmm tapi hari baik bulan baik ni, baik aku pasang niat tu jugak..bukan apa, bila kita niat buat benda yg baik kan dpt pahala w/pun belum terlaksana..kuikuikui (masalahnyer aku cuma pasang niat aje kihkihkih..). Okeh, di kesempatan yg ada nih, aku nk mengucapkan selamat menyambut eidulfitri buat semua kaum muslimin dan muslimat di mana saja berada, ampun maaf dipinta sekiranya segala coretan aku kat sini tidak membahagiakan anda sume..jumpa lagi di lain siaran...(hukhuk..ingat boleh upload gambr dinner baru nih..tapi kamera x bwk lak)..

Monday, December 7, 2009

KB Mall...Takziah kpd keluarga mangsa

Sedih..aku dpt email ni pagi tadi...nak copy cerita xleh...so aku buat rumusan je..hehe..pemandu wanita yg baru blaja bwk kereta di tpt letak kereta di tingkat atas..(ade ke patut blaja bwk kereta kat tpt mcm tu?) dalam kereta ada 1 pemandu 2 penumpang semua wanita dan melarikan diri sebaik kejadian..herann nape diorang yg x mati? Astaghfirullah..ajal dan maut di ketentuan Allah...ketiga2 mangsa berada di eskalator (betul ke eja nih?) 1 meninggal di tempat kejadian, 1 meninggal dalam perjalanan ke hospital, dan 1 lagi cedera parah. Al-fatihah utk allahyarhamah Siti NorAmira Samsuddin dan Siti Nor Diana Azman...














Ngeriiii....

Sunday, December 6, 2009

I'm Lonely

hmmm...hari nih aku sensorg je kt umah ditgglkan mak n adik, sume pakat pi b'jln2 huhuu...tapi masa ni la sng nk kemas umah...tapi aku konfius...mana nk mula nih???? arghhhh sume bersepah2 macam kapal kena bommm...hahaha...dasat2.. boleh ke bygkan? heheee..oleh itu, aku mengambil keputusan dgn kemas bilik depan dulu...mcm smpah ada...silap2 ada sarang tikus...ngeeee (erk? tu teruk sgt2 tu..) hiiii...dasat betul imaginasi aku nih..okla, pi kemas dulu smbil layan cafe kt FB...

Monday, November 16, 2009

Adoiii..sakit kapla...

adoiii...mmg kepala aku tgh sakit sgt2..xtau sbb mkn lmbat ke..atau sbb stress ngan audit yg baru je aku settle tadi...mgkin sbb lmbt mkn kot...stress sgt hari nih..dari pagi smpai mlm...tu yg x lalu nk makan...tghari tadi pun sbb ada org belikan makanan, kalo x mesti lagi sakit kapla aku nih...dekat pkl 7.30pm baru mkn nasi...tu pun dh bagi 2 ngan kwn...huhuuuu....harap2 semua selesai dgn baik skali...cepatla habisss....