Thursday, November 23, 2017

DaGiNg SuP SiAm

 Lunch set

Assalamualaikum

Ni set lunch yang dah lepas tak ingat bila, tapi agak baru jugak ni. Masak simple-simple je, sebab tak boleh duk dapur lama-lama. hahaha merasa jugaklah aku macam mana mak kita dulu kelam kabut masak bila anak-anak kecik lagi. Ada je bayang-bayang ikut dok tercongok kat pintu dapur sambil nangis tunggu kita... selagi aku tak keluar dari dapur tu, selagi tu lah diorang dok kat situ sambil nangis hahaharu mak nak.

 Daging Sup Siam

Kali ni tak ada resipi yang nak aku kongsi, sebab ni pun masak guna perencah segera je. Guna rencah sup siam Adabi tu...follow je instruction kat paket tu...taraaa siap..hahaha. kebetulan daging yang aku guna ni, Daging batang pinang rasanya...aku ingat daging korban, belasah je la guna...nasib aku baik hari tu, dapat daging part yang best, so senang je masak...sekejap je daging dah empuk.

Budu

Siapa tak makan budu? Aku ni universal bab-bab makanan tambahan ni, semua aku belasah...cuma cencaluk je aku tak berapa makan, sebab aku tak pandai nak adjust tahap kemasinan dia. Sambal belacan pun aku suka yang kedai-kedai siam punye je kot...kalau time lunch kat kedai biasa tu jarang la aku nak pilih sambal belacan, nape ek...maybe sebab tahap kepedasan aku tu tak sehebat pedas orang lain kot. So, universal ke ko jah? hahaha universal la sangattt...

Tuesday, November 21, 2017

CuCuR JaGuNg

 Assalamualaikum...

Hujan petang-petang ni, memang layan kalau dihidangkan apa jenis kuih sekalipun kan....perut berkeroncong je sejuk-sejuk ni. Tapi...... cucur jagung ni dah lama pun buat hahaha...memang menari-nari perutku bergendang kelaparan nengok gambar ni. Saje nak upload jugak kat sini sementara nak amik mood nak sambung menulis balik. 
Ok aku bagi sekali resipi cara aku buat, walaupun korang rasa macam...alaaa cekodok aje pun...tu pun nak bagi resipi bagai...hahaha sukatan tu sesuai untuk orang bujang je, kalau nak buat banyak kenala tambah bahan-bahan tu ye.

Cucur Jagung


Bahan-bahan:

1.    1 cawan tepung gandum
2.    1 sudu besar tepung jagung
3.    1/2 cawan isi jagung (rebus dahulu bagi lembut)
4.    1 biji cili merah dihiris
5.    1/2 labu bawang besar/Holland dihiris
6.    sedikit ikan bilis ditumbuk (optional)
7.    Garam secukup rasa
8.    Air sejuk 

Cara-cara:

1.    Gabungkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk kecuali tepung dan air
2.    Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
3.    Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan adunan yang dikehendaki. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.   Panaskan minyak untuk menggoreng
5.   Setelah minyak panas, bolehla mula menggoreng. Goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan minyak
6.   Cucur boleh dihidang bersama sos cili atau kalau nak makan begitu saja pun sedap.
  

Monday, November 20, 2017

SeTaHuN SuDaH: AlFaTiHaH

Sebelum mulakan post ni, aku mintak jasa baik yang membaca kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Noh Binti Ibrahim...Al-Fatihah..
Jazakumullahu khairan khatira buat yang sudi sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah mak..Semoga Allah balas jasa baik anda dengan kebaikan yang melimpah ruah...Aamiin Ya Rabb...

Siti Noh Binti Ibrahim
04.02.1956-16.11.2016


Bismillahirrahmannirrahim...
Aku tak ada kata-kata sebenarnya nak mulakan post ni..
Tapi aku tetap nak taip sesuatu sebagai kenangan, walaupun mood aku masa ni sangatlah 'swing', dengan berdebar risau nak siapkan thesis, nak siapkan assignment yang lain....tak tahu nak kata apa...kadang tu tiba-tiba je kepala aku boleh terus berdenyut, sangat sakit...tapi aku kena kuatkan semangat jugak, demi nak habiskan apa yang dah aku mulakan...
hihihihi tulah gatai sangat nak sambung belajar..
Mak, Dik Yah rindu sangat kat mak... 
Rindu nak salam & cium tangan mak
Rindu nak peluk mak
Rindu nak mandikan mak
Rindu nak teman mak makan
Rindu nak bawak mak jalan-jalan shopping
Rinduu...rindu sangat dengan semua yang kita buat sama-sama
Lepas arwah Abah pergi, kita banyak masa bersama
ke mana-mana pun pergi mesti mak nak ikut sama..
Pergi hospital setiap kali ada appointment dengan doktor, 
setiap kali mak ada sesi radiotherapy
daripada mak boleh berjalan sendiri, 
pastu mak kena berpimpin,
pastu mak kena guna kerusi roda,
sampailah mak terbaring..
banyak sangat kenangan dengan mak...
sampai hari ni masih terbayang-bayang semua tu
Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk jaga mak sepenuh masa 6 bulan terakhir mak di dunia ni...sampailah saat-saat nyawa mak sampai ke penghabisan...syukur
biarlah orang tak paham apa perasaan aku masa tu...
zahirnya orang cuma nampak aku suka tidur dalam kelas setiap kali ada lecture..
tapi aku rasa keberkatan doa mak, masa tu...
Ya Allah rasa amazing sangat...
yelah aku memang tak boleh nak tumpu kat dalam kelas...
memang selalu mengantuk pun...
tapi aku tak pernah missed pergi kelas
Alhamdulillah, result exam aku agak baik masa tu 
(sebab aku bukan student yang pandai)
walaupun bukanlah straight A pun...hahaha
Tapi aku dapat rasa tempias Barokah itu...
Cuma, sekarang ni bila mak dengan abah dah tak ada
lain sangat rasa...terutama bila nak keluar rumah
tak ada dah salam peluk cium...
tak ada dah doa yang mengiringi setiap kali nak exam
tak ada dah.....
tak ada dah....
tak ada dah....

Allah....
Kau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu dan bapaku
Kau kurniakanlah Syurga buat mereka tanpa hisab...
Aamiin Ya Rabbal Alamin... 

ok, dahla tu...
basah dah baju aku...
tu je yang aku pandai taip...
aku bukan jenis penglipur lara
aku tak pandai nak berhujah
sebab tu result exam aku cukup2 makan je...hahaha
tiba-tiba teringat kat sorang kawan ni..
kitorg xdelah rapat sangat pun...
baru je bertegur sapa...selama ni dok tegur guna isyarat je...hahaha
dia heran bila aku sebut result aku untuk satu subjek yang kitorang sama-sama amik
siap berkerut dahi tu yang tak tahan...
yelah...awak bukan kenal saya pun
mana awak nak tahu saya ni bukan daripada golongan orang yang pandai kan...
cuma dapatlah sikit-sikit tempias pandai daripada kawan-kawan rapat yang pandai-pandai belaka...
hahahaha....sungguh aku tak tipu.
terutamanya subjek yang berkaitan dengan agama hahaha
memang tak pernah dapat A
Result PAI PMR aku C ok...hahaha buat malu je

Wednesday, November 8, 2017

PaU SaMbAl



Pau Sambal @ Burger Malaysia

Assalamualaikum dan selamat malam..

Lama betul tak update kat sini..hiii kita sibuk wak..sebab kita tengah buat thesis..macam-macam perasaan ada masa buat thesis ni sampai demam la jugak stressed..masuk ni kali ke 3 tukar tajuk kita terus down..dahla nak mula menulis tu punyelah azab...dah buat, kena pulak tukar tajuk...sedih mak nakkk... terus tonsil kita bengkak...sempatlah demam 2 hari..ingatkan dah betul-betul sihat, sekali semalam kita rasa tonsil belah kanan pulak sakit huhuhu...cepat-cepat telan ubat...doakan kita terus sihat ye kawan-kawan...bagi habis dulu sem ni dengan jayanya..
Ok, tengok tajuk adalah tajuk makanan, so kita cerita pasal makanan la ye..ni aku saja-saja cuba buat je mulanya...sekali ramai pulak yang berkenan dengan burger Malaysia hasil tangan kita ni...Alhamdulillah dapatlah buat sikit duit poket tambahan.


Bahan-bahan:


 4 cwn tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu besar marjerin/mentega
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
*3/4 cawan susu suam
*1 paket yis (nak boh separuh pun boleh)
* 2 sudu besar gula
(* campur sekali bagi yis kembang)
Air sejuk dari peti untuk uli jadi doh



Cara-cara membuat:


1. Peram yis dulu sampai kembang
2. Satukan tepung, garam, marjerin, baking powder Dan telur dalam satu bekas, ramas/uli sampai jadi serbuk roti
3. Bila yis dah kembang, masuk kan ke dalam tepung uli sambil tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung tak melekat kat bekas dengan tangan
4. Simpan doh dalam bekas tertutup 
5. Bila doh mengembang 2 Kali ganda uli sekali lg sampai doh menjadi licin Pastu tutup kembali bekas sampai doh mengembang sekali lagi
6. Doh dah kembang, bolehla bulatkan kecik2 dalam 25g sebiji rehatkan sebentar Dan boleh goreng


 Uli sampai tak melekat kat mangkuk

 membukit dia mengembang kau...

 kita suka letak sambal banyak

Jemput cuba ye..

Sunday, August 27, 2017

KoNgSi ReSiPi; IkAn KeMbUnG SaMbAL

Assalamualaikum
Selamat pagi semua, dah sarapan ke? hehe aku pun belum lagi...sementara anak-anak belum sampai semua lagi, kita curi-curi update jap ye. Ni menu aku tengahari semalam..haha kira throwback jugakla ni kan.. Menu kegemaran aku nih..tapi jarang-jarang dapat makan dah sekarang sebab ikan mahal sangat. Inipun guna ikan 2 ekor je, sebab adik aku tak suka makan ikan kembung...rugi..rugi... Dulu-dulu masa aku kecik-kecik mak suka masak menu nih. Kat asrama pun, kalau menu ikan sambal menderu kawan-kawan turun makan...siap buat announcement lagi dari bawah..hahaha kenangan manis tu. Oklah saja-saja nak share resipi sebab dah lama tak buat. Alamak bateri dah nak habis..


 Resipi: Ikan Kembung Sambal

Bahan-bahan:

2 ekor Ikan kembung (letak garam kunyit, goreng)
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1/4 inch halia
1 biji bawang holland
2 sudu besar pes cili kering
1 biji limau kasturi/asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk perasa (pati ayam knorr)
Garam jika perlu (tapi aku tak letak sebab sos tiram dengan serbuk perasa dah masin)


Cara-cara:
1. Ikan kembung digoreng garing (ikut suka la nak garing macam mana)
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk/blend
3. Masukkan pes cili kering, tumis lagi sehingga pecah minyak
4. Perahkan jus limau kasturi/air asam jawa
5. Masukkan sos tiram, sos cili, garam/serbuk perasa dan gula kacau rata sehingga bahan-bahan semua sebati, jika perlu bolehla masukkan sedikit air dan biarkan sambal agak kering, masa ni dah boleh perlahankan api ye sebab takut sambal hangit pulak nanti sebelum kering (kalau nak ada kuah, jangan biar sampai kering sangat ye...pandai-pandailah agak)
6. Akhir sekali bolehla cuba rasa dan sesuaikan rasa jika ada terlebih atau terkurang
7. Eh belum habis lagi...masukkan bawang holland yang di potong bulat (jika suka)
8. Ikan bila nak masuk? hahaha masukkanlah sebelum api dapur ditutup...



**Nota kaki: maaflah lambat nau nak edit resepi penuh...masa post sebelum nih ada problem..terus malas...ampunkan mak nakkk...hehehe

Sunday, August 20, 2017

ThRoWbAcK; 2.ChAr KuE tEoW

Salam hujung minggu, rajin pulak aku taip entry kali ni ye...hahaha nak cepat sebenarnya ni, rasa macam nak keluar rumah jap..tapi kena selesaikan mop lantai dulu hehehe. Sementara aku tengah rajin ni, mohla kita main campak-campak belakang dulu...
Korang sarapan dah ke? Aku? Biasalah malas nak masak, so tahan dulu la lapar tu hahaha..tu gambar lama ye, tengok tarikh kat gambar tu tahun 2012 kihihkih...sebab tu throwback. 
Ada cerita di sebalik kue teow nih...kenangan aku dengan arwah emak...ye tinggal kenangan je emak aku dah pergi menghadap pencipta kita semua...Al-Fatihah...Allahu sedih pulak aku..bukan bergenang air mata dah ni...hujan terus..
Ni lah menu kegemaran emak aku, suka betul dia kalau aku masak camni..dan sepanjang sakit dia semakin tenat, kue teow ni je antara yang dia mampu telan dengan syarat jangan letak cili langsung.. Alhamdulillah aku terpilih untuk berbakti kepada emak di saat-saat akhir hidup dia. Aku dapat teman emak pergi hospital setiap kali temujanji dia dengan doktor pakar kat Hospital Serdang dengan HUKM untuk sesi radioterapi.


Oklah, rasa macam tak mampu pulak nak teruskan cerita. Jangan tanya resipi ye..aku pun macam tak ingat macam mana nak masak cenggitu dah...nanti-nanti aku cerita pasal emak lagi. Hahaha sekadar kenangan untuk diri sendiri je, entah ada ke orang yang baca blog aku nih...siapa baca? Cer komen..kalau xde komen tu, maknanya aku anggap je aku sorang yang baca.


FiRsT EnTrY of ThRoWbAcK; 1.KeReTaKu HiLaNg...

RIP WNK2012..
ni je gambar yang aku jumpa aku dengan kereta ni...

Ok, dah janji nak buat entry throwback apa yang dah jadi sepanjang kehilangan aku daripada dunia blogging 3 tahun lepas kan. Kita mula dengan cerita sadis dulu..huhu rasanya banyak sangat cerita sedih yang aku nak cerita dalam ni..tapi yang ni yang mula-mula aku ingat nak cerita.. Kereta pertamaku hilang! Huwaaa sedih giler...
Cukup 10 tahun kereta ni berkhidmat dengan aku, hutang dengan bank pun dah selesai, tarikh hilang 18.01.2016 (yang ni masa sedar kereta tu hilang) kemungkinan kejadian hilang mungkin sehari atau dua hari sebelum tarikh tu..aku tak pasti sebab aku tak keluar rumah 2 hari berturut cuti hujung minggu tu sebab jaga emak yang sakit kat rumah adik. Tapi aku tak nangis pun masa kereta tu hilang, sebab masa hari terakhir aku park kereta tu, aku dapat rasakan sesuatu..siap aku lock gear lagi masa tu sebab dalam hati aku berkata-kata, kalau orang nak curi susah sikit dia nak masuk gear...hahaha akhirnya apa yang aku rasa, jadi betul-betul. Memang la nangis tak berlagu jadinya. 
Apapun, kereta tu memang tak dapat dikesan hilang ke mana..hahah yang aku heran masa tu...kancil pun orang nak curik...sadis betul. Dahla aku baru je servis aircond baik punye siap ganti spare part baru, betulkan bearing tayar...masa tu habis dalam RM700++ dan aku belum pun setelkan lagi payment sebab guna kad kredit muahaha...
Tapi aku tetap bersyukur sebab kereta ni banyak sangat berjasa kat aku, kereta carik makan hahaha...ke hulu ke hilir aku kerja berulang alik dari satu klinik ke satu klinik guna kereta ni. Sepanjang aku guna mileage baru nak cecah 60K hahaha sampai gi servis orang ingat aku cikgu sebab mileage rendah sangat. Mana taknya, nak gi jalan-jalan aku guna kereta adik aku haha so, kereta ni memang 90% untuk gi kerja je la. Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupakan, kereta ni lah jugak yang aku guna bawak abah ngan mak berubat. Berjasa jugak dia kat mak abah aku...huhu sedih... Alhamdulillah segala urusan repot polis dan insurans kereta ni dipermudahkan, terima kasih banyak-banyak kat adik ipar aku sebab banyak tolong aku carik kereta kat sana sini, call MPAJ la, DBKL la untuk pastikan samada kereta tu kena tarik ke tidak, bawak aku gi buat repot polis. Dan hantar aku balik umah mak amik geran dengan polisi insurans. Repot polis memang selesai hari yang sama la, cuma insurans aku selesaikan selepas tu sendiri. Pihak insurans pun bayar ganti rugi penuh ikut jumlah insurans yang aku insuranskan untuk kereta tu, dan bayaran dibuat memang cukup 6 bulan selepas kereta hilang hahaha...yang ni pun aku bersyukur sangat sebab Allah atur semua qada' dan qadar ni cantik, duit pampasan tulah yang aku guna sepanjang aku tak bekerja jaga emak aku yang sakit. Oklah itu je kisah si kancil maroon WNK 2012 yang banyak berjasa, syukur Allah pinjamkan untuk aku dan permudahkan banyak urusanku dengan kereta ni. Sampai hari ni aku masih tak carik kereta lain lagi untuk ganti kereta ni...punyalah setia hahahahahahaha...tipuuu bukan sebab setia, sebab aku tak ada duit nak beli kereta baru...ok sekian kisah pertamaku.

ni gambar masa kereta ni baru je aku beli...berkilat lagi hahaha..

Saturday, August 19, 2017

BrUnCh HaRi InI

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...
Panjang salam makcik hari ni..hahaha
Selamat petang semua..di waktu entry ni di taip, dah pun pukul 5.27petang...saje je nk masukkan entry baru walaupun takde benda nak diceritakan. Dah lama sangat tak upload gambar makanan..jadinya taraaaa....itulah brunch aku hari ni...malas nak masak banyak-banyak benda, kita masak sekali harung je..senang. Alkisahnya aku sorang diri aje pun kat rumah pagi tadi jadinya kita masak je benda yang mudah dan ringkas. Jemu tu belakang kira...hahaha dasar pemalas. Mee goreng basah dan teh ais. daripada semalam mengidam nak minum teh ais, maka kenalah rajinkan diri buat sendiri kan..bahan pun ado. Nak keluar gi beli kat kedai, lagilah malas sebab kedai jauhhh..dan nak kena bersiap-siap bagai...pemalas betul nih! 
#siscuba
#menuorangbujang
#asahbakatyangtakada

 Menu hari ini: Mee goreng basah dan teh ais

 Mengasah bakat yang memang tak ada..haha

bergambar kat balkoni umah je...haha kantoi

Ok, sekian untuk petang ni...tiba-tiba perutku terasa lapar semula..kuikuikui...

Monday, July 31, 2017

KiNi DaKu KeMbALi....

 hehe..cak!!! Assalamualaikum...
Aku saje-saje bukak blog nih...lama rupanya aku tinggalkan dunia blogging haha...makan tahun jugaklah blog ni bersawang. Macam-macam jadi masa aku tak bersiaran..konon-konon nak stop terus, tapi macam best pulak nk mula semula walaupun aku tau tak ada siapa pun yang nak baca cerita-cerita mengarut aku ni.. ye la sekarang semua orang dok aktif dengan facebook, tweeter, instagram... tapi aku memilih untuk menyepi sekejap daripada semua tu, sebab utama skrin telefon aku dah rosak! haha.. so malas nak hantar baiki (walhal tak ada duit) hahaha... maka terimalah gambar-gambar throw back ni dulu..nati-nanti aku sambung lagi...banyakkkk sangat cerita yang aku simpan..
Babaiii...