Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

TeH TiGa LaPis

Selamat petang...

Eh terajin pulak kita masukkan cerita baru hari ni...hehehe.
Buat hari ni teh ni tau...tengahari tadi dah tak boleh tahan dah teringin nak buat sendiri teh 3 lapis ni...hmmm rasa dia macam mana? Yang aku buat ni mestilah masih tak sama dengan yang beli kan...huhuhu rindu teh ni yang kat Sarawak punye...memang kat sini tak jumpa lagi yang sedap kecuali kat JM Beriani Tesco Ampang...huhuhu takkan nak masuk situ semata-mata nak minum teh ni jugak kan? Dahla nasi beriani dia pun sedap...uwaaaa tahan je lah nafsu tu ye..kita kumpul duit banyak sikit, nanti kita terjah sana. 


Three Layer Tea

Bahan-bahan

200 ml susu cair (Buat secawan, janganlah letak semua ye...1 tin nih)
Ais secukupnya

Bahan Air Teh

200 ml air panas
1 uncang teh (Aku guna teh tarik kaw cap BOH)

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah (Yang ni aku tak letak, sebab tak ada stok)
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara menyediakan:

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

#Resipi copy daripada sini


Warna selepas dah bancuh tu dah menarik sangat dah...takpe nanti kita cuba lagi ok. 



Jemput minum semua!...Nak lagi senang gi kedai mamak, sure ada punye...tapi tak dijamin sedaplah...hahaha aku pernah minum kat satu kedai mamak ni...aku tak boleh nak telan sebab terlalu manis...mintak diorang tambah teh, diorang bagi ais je...hmmmm last2 aku tinggal je la...tak sedap..

Saturday, August 19, 2017

BrUnCh HaRi InI

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...
Panjang salam makcik hari ni..hahaha
Selamat petang semua..di waktu entry ni di taip, dah pun pukul 5.27petang...saje je nk masukkan entry baru walaupun takde benda nak diceritakan. Dah lama sangat tak upload gambar makanan..jadinya taraaaa....itulah brunch aku hari ni...malas nak masak banyak-banyak benda, kita masak sekali harung je..senang. Alkisahnya aku sorang diri aje pun kat rumah pagi tadi jadinya kita masak je benda yang mudah dan ringkas. Jemu tu belakang kira...hahaha dasar pemalas. Mee goreng basah dan teh ais. daripada semalam mengidam nak minum teh ais, maka kenalah rajinkan diri buat sendiri kan..bahan pun ado. Nak keluar gi beli kat kedai, lagilah malas sebab kedai jauhhh..dan nak kena bersiap-siap bagai...pemalas betul nih! 
#siscuba
#menuorangbujang
#asahbakatyangtakada

 Menu hari ini: Mee goreng basah dan teh ais

 Mengasah bakat yang memang tak ada..haha

bergambar kat balkoni umah je...haha kantoi

Ok, sekian untuk petang ni...tiba-tiba perutku terasa lapar semula..kuikuikui...

Sunday, September 6, 2009

Salam KeMbALi



Salam kembali setelah sekian lama aku menghilangkan diri..hehe x ke mana pun..cuma angin ribut taufan kemalasan datang melanda...kwang3x...hari ni aku kembali semula, tapi x tau la brapa lama angin rajin aku ni boleh bertahan huk huk huk...hari nih aku akn update byk mende pasal makanan le..citer lain malas nk enterprem..yok kita mulakan ngan...air soya..haha org lain sume dh byk kali buat dah tapi aku baru first time nk cuba buat, itupun

sbb ada hadiah birthday in advance..hahaha boleh?(beli tuk diri sendirik boleh?) Suke ati aku le...nk resepi ke? x yah la ye..sonang ajo nk bueknyo..rendam kacang soya dlm setengah hari, pastu cuci smpai bersih, blend, masak buh daun pandan, nk minum letak air gula ikut suka ati, pastu letak ais..siap....