Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, August 5, 2018

ReHlah Di SunGai ConGkaK

Assalamualaikum & Selamat Malam semua..
Hari ni terlebih rajin sikit nak masukkan banyak sikit cerita, sekadar buat kenangan untuk masa hadapan..chewahhh.. cerita 22/07/2018 yang lepas. Kitorang plan untuk hilangkan stress setelah berpenat lelah siapkan tesis... hahaha teruk betul stress pelajar dewasa ni kan. Sebelum ni kitorang dah pernah buat kat sini jugak 4 tahun yang lepas, so kali ni repeat tempat yang sama je...sebab masing-masing ada komitmen, susah nak pergi jauh2 maybe lepas ni boleh la kot pergi jauh sikit, Macam dah serik je masuk Langat sekarang ni, nak keluar daripada Sg Congkak ke Batu 14 makan masa 1 jam lebih..fuhhh dahla aku tengah sakit kaki masa tu...bawak kereta auto pun tak membantu sebab yang sakit tu kaki kanan...huhuhu nak menangis rasa sebab kaki tu memang sakit yang teramat...plus nak masuk ke Sg Congkak tu sendiri dah mahal dan jalan yang agak teruk jugak fasiliti yang tak terjaga...dah macam masuk tempat seram bila aku pandang toilet dan tempat nak salin baju tu...sangat berbeza dengan 4 tahun lepas macam tak buat apa2 maintenance langsung untuk baikpulih keadaan huhuhu. Tapi kitorang tetap enjoy dengan plan kitorang.

Bila berkelah, tak sah kalau takde aktiviti ni kan...wajib.

Tukang set tempat bakar dan bakar makanan sampai habis.

Menu utama: ayam dan kambing

Disebabkan tengah musim buah, maka kitorang pun ambil kesempatan la pau orang yang datang lambat belikan buah-buahan yang dijual kat tepi2 jalan. Yang bestnye tukang beli tak makan durian...hahaha sanggup dia tak pasang aircond kereta sepanjang jalan tu..nasiblahhh hahaha.


 Sambil menunggu ketibaan ayam untuk dibakar.


 Nikmat berendam dalam air sungai yang sejuk.

 Selagi makanan tak habis, korang jangan balik.

 Jadilah kan dapat berendam sekejap walaupun air sungai tak dalam.

Geng tak mandi sungai dengan geng halau nyamuk..


Suwafoto tu wajib...heee

Ahli rombongan yang menyertai..

 Dah habis bergambar kita membawang dulu jap...


Friday, April 13, 2018

BaB 4 = BuLaN ApRiL SuDaH


Assalamualaikum..
Salam Subuh...cepatnya masa berlalu dah masuk bulan April dan hampir ke pertengahan bulan. Hmmm...time ni la rasa stress tu dah mula menekan hahaha... due date hantar report awal bulan depan huhuhu... Aku tak tau nak buat huraian untuk analisis data statistik...haru betul.. Haaa tu je nak bagitahu...
Eh sebelum aku keluar, gambar tu adalah gambar aku dengan kawan aku masa kitorang gi jumpa SV kitorang kat Shah Alam, tukang ambil gambar tu SV kitorang. Alhamdulillah dapat SV yang baik. Setiap kali jumpa tak pernah kitorang kelaparan hahaha...ada je idea Dr nak belanja kami makan. Dia suka cuba macam-macam makanan, kitorang pulak layankan je sebab kitorang pun suka makan, tambah-tambah lagi orang belanja kihkihkih... 
Ok, tu je lah rasanya. Masa mencemburui aku buat masa sekarang.

Sunday, March 18, 2018

PerTaMa KaLi BelAjaR MemAsaK...

Assalamualaikum...
Selamat petang...hahaha ginilah aku kalau dah kemaruk nak update blog...pagi petang dok ngadap hahaha...kelas dah habis dah lepas zohor tadi...habis kelas, ajar kawan-kawan masukkan data diorang dalam SPSS, lepas tu aku merayau jap...mula nak carik makan, lapau kan tak lunch lagi. So memandulah aku tanpa hala tujuan yang betul-betul mengikut kehendak diri...sambil-sambil memandu aku dok dilema sendiri..nak gi mana ni ha...mula-mula tuju Ampang Point, pusing-pusing tak jumpa parking...ok, keluar terus..pastu tuju pulak nak ke Taman Kosas...gunalah jalan yang bawah AKLEH tu...sekali jalan tutup pulak...lalu la jalan yang dia lencongkan...sekali mak terkena...dia bawak aku pusing tang tu jugak...haishhh...sakit hati betul...last-last guna jalan Ampang Jaya...guna jalan dalam la konon...tengah sedap-sedap memandu, terserempak ngan sorang mamat ni nak keluar simpang tapi melulu je...ingat dia nak berhenti bila nampak aku dah dekat tadi...sekali selamba je terus jalan jugak...tak angkat tangan pun say sorry...geram mak tau...sempat lah mak hon dia...hahaha mentang-mentang kau bawak Hilux...sombong kan...dahla kau dah salah... Ish ish tadi baru je lecturer aku cakap, kalau kita dah mula dengan aura yang negatif, orang lain pun akan ikut negatif sama. Oklah aku maafkanlah mamat Hilux tu...
Ok teruskan perjalanan...carik tempat nak makan nih...lapau nau nau dah...lalu Bukit Indah dulu...hmmm sekali hampir termasuk jalan sehala...patah balikkkk...teruskan ke Taman Kosas je...semalam masa gi fotostat borang questionnaire aku ternampak satu kedai yang ada jual biskut timbang...ok hari ni singgahlah...ala mini market mamak je....tapi macam-macam ada dalam tu...hihihi mak syiok...ada yang murah & adalah yang mahal...biasalah tu...tapi best la sebab walaupun tak sebesar Giant ke Tesco ke...agak complete la barang dia...dan yang paling best...biskut timbang dia murahhhh... nama kedai JS Store...ok aku promote tanpa komisen ye...


Eh panjang pulak membebel... kesian ikan tu... nampaknya jadi perhiasan je lah dalam post ni...malas jugak nak masukkan resepi. Ikan kembung masak asam pedas...sebenarnya nak cerita...ni antara lauk pertama aku belajar memasak dengan arwah mak dulu...rasanya masa darjah 6 dulu.. Masak nasi? Opkos lah dah belajar awal lagi...hahaha tapi tak pernah nasi tu jadi elok kalau mak tak pantau... paling tak reti nak sukat air dia, so setiap kali buh air kena hantar kat mak dulu untuk approve sukatan air tu....sampai sekolah menengah gitulah perangai aku masak nasi...sampailah mak ajar sukat guna senggat jari tu....tu pun kalau ada mak, tetap bawak tuju kat mak dulu...hahaha sebab mak aku tak sukat guna senggat jari tu...dia tengok dengan mata je...hebat betul...aku sampai sekarang tak pandai nak guna kaedah tu...hahaha.. 
Apa faktor korang belajar memasak? Aku? Yang pertama...aku kena paksa tolong mak kat dapur...hmmm memang muka aku je lah yang mak tuju...walaupun semalam ko baru je balik dari asrama...jangan haraplah boleh tidur lepas Subuh. huhuhu...masa tu aku memberontak jugak...yelah asyik aku je kan kena hadap...mestilah dengki dengan adik-beradik yang lain...tak ada pun kena macam aku.. Dah selalu kena paksa, maka akhirnya aku redho je lah...lama-lama bila dah pandai masak, barulah rasa seronok tu timbul..sambil tolong mak, sambil belajar la tips-tips dari mak...kenapa kena letak tu, kenapa tak boleh letak ni banyak-banyak? haaa gitulah adanya...memang berdikari habislah lepas tu...kalau nak balik asrama pun, nak buat sambal kering tempe tu untuk bawak bekal kena buat sendiri...hmmm orang lain mak entertain lagi tolong buatkan huhuhu...hikmahnya datang kemudian...sebab akhirnya aku tinggal berdua dengan mak, aku jaga mak dan mak suka kalau aku masak untuk dia...mungkin sebab aku banyak absorb cara dia masak, so mungkin masakan aku kena dengan selera dia...hmmm oklah..aku dah mula rindu kat mak..Al-Fatihah..

Ilal Liqa'..



Sunday, January 7, 2018

WaRnA-WaRnI 2017

Assalamualaikum...

Good Morning korang....hahaha ramai nau ke yang sudi singgah blog aku nih? Belum lambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 untuk semua yang baca. Okla kan baru masuk hari ke-7 tahun ni. Camne korang punye permulaan tahun baru ni? Best ke ok? Aku? Hmm camne ek...masih sama macam dulu lagi kot...azam? Siapa azam tu? hahaha...

Oklah, pasal azam kita cerita kat entry yang lain ek...entry kali ni untuk buat overall conclusion untuk tahun 2017...cewahhh. Tak banyak nak cerita kot, cuma nanti aku letak caption unuk semua gambar sebagai kenangan tahun 2017. Pada aku, sepanjang tahun lepas banyak la jugak yang manis-manis berlaku dalam hidup aku, yang pahit tu biarlah berlalu..biasalah lumrah hidup kita kan..bila diuji itu tandanya Allah sayang kat kita.. senang itu ujian, susah itu jugak ujian betul kan? 

Ok, lets go...


Ni kenangan aku di Kuching, Sarawak. Alhamdulillah berkesempatan jumpa dengan kawan lama masa matrik dulu dan lecturer fizik masa matrik tu jugak. Seronok dapat jumpa sejak sekian lama tak jumpa..last jumpa pun masa kenduri kahwin diorang la..sekarang anak diorang pun dah besar. Terima kasih Hamidah dan En Fauzi atas layanan korang semasa kunjungan mengejut aku... hahaha ni first day aku sampai sana ni.


Ni kat Sarawak jugak, masa ni dah nak balik rasanya...jalan-jalan kat Kuching dulu.. Cik kenit Awla tu pun masa ni belum boleh berjalan lagi.. Terima kasih buat adik aku yang duduk kat sana sebab sponsor semua perjalanan aku kat sana. Nanti sponsor la lagi ek...



Yang ni geng bas sekolah aku dulu hahaha...kawan2 sekolah menengah...masih contact sampai sekarang alhamdulillah walaupun masing-masing dah tinggal jauh dan beranak-pinak kecuali 3 orang hahaha. Geng bas sekolah sanggattt padahal aku sorang je tercampak duk kat asrama, yang lain2 semua duk luar. Ni kitorang jumpa masa birthday kawan aku yang pakai spek hitam tu...kitorang beza sebulan je dia 13/8 aku 13/9 haha best2...ha tak lupa yang tukang amik gambar tu pun birthday dia 11/8, dah lama kitorang tak jumpa akhirnya berjumpa jugak, walaupun mula-mula proses nak atur masa masing2 tu agak sendu jugak memasing. 



Haaa 2 gambar kat atas ni, reunion "Adik Beradik Gossip" hahaha...tulah nama group whats app kitorang...dulu, kini dan selamanya..ni cukup la 6 beradik yg perempuan aje..yang lelaki tak join sebab dia sorang je, so buat la group sendiri sorang2 hahaha... yang ni pun bukan senang nak berjumpa sebab yang sorang tu tinggal kat Sarawak, so kena tunggulah dia balik time cuti sekolah. Tudung tu beli sama2 sebab nak pakai sama-sama macam tu lah...huhuhu aku pun terpaksa la jugak pakai walaupun aku tak reti nak belit-belit nih....yang ni pun adik aku yang tolong belitkan..akak memang tak reti korang...so kalau aku sorang-sorang keluar, memang tak akan aku pakai la shawl2 nih...nak carik tempat nak makan2 tu kelako sangat...kitorang pergi sampai 3 tempat, macam2 kejadian...tempat close for private event la, sesat carik parking la..akhirnya lunch kitorang pukul 4 gitu..masing-masing lapar kemain..


Ni antara menu yang kami order cheesy nachos..rasanya kalau nampak benda ni dalam menu, memang kitorang akan order.. suka sangat, tapi yang ni so so je lah rasa dia walaupun harga mahal berdengung...haha


Ok, ni pulak masa kitorang buat mock training untuk subject Training Management.. huhuhu masuk yang ni, dah 3 kali kitorang buat mock training untuk 3 subject yang berbeza...yang tengah2 tu lecturer kitorang tau...bukan ahli group..haha elok je kebetulan dia pun pakai baju hitam sama ngan kitorang.. 


Yang ni, geng buat assignment untuk subjek Ergonomik. Kitorang memang selalu bersama dalam satu group untuk buat assignment. Kadang2 berempat, kadang2 berlima, dan jarang2 berenam..haha dah macam teka-teki Nujum Pak Belalang dah..tapi yang penting sekali, kitorang nih suka buat makan2 bersama..tiap kali nak gi kelas, mesti buat mesyuarat nak makan apa dulu, kadang2 kitorang pakat2 memasak, kalau tak sempat, kitorng gi la makan kat mana2.


Ni salah sorang daripada yang dalam gambar ni yang belanja kami makan Manhattan Fish Market, alhamdulillah rezeki kami memang tak tolak...


Terselit sekor kumbang dalam geng makan2 kitorang. Kumbang bukan sebarangan nih, kumbang ni pandai masak tau. Puding roti dia sedap sangat.


  

Ha nampak tak aku tak tipu? hahaha kami pakat2 masak sorang sikit, so masing2 ada menu untuk bawak, yang x boleh bawak makanan bawak pinggan @ sudu @ air...best kan?  jadilah kan asalkan kenyang.


Yang ni first time kami jejak masuk Restoran KAWD kat Ampang Waterfront.. Haha nama je duk kat Ampang. Tukang belanja yang baju hijau tu.. Alhamdulillah sedap makan kat sini with affordable price.


Makan kat Restoran ZZ Sup Tulang kat Setia Tropika.. menu utama mesti makan walau dah berkali2 cuba...Mee Rebus...memang terbaik!



Tiga gambar kat atas ni, masa kitorang buat trip menghantar assignment aka PSM (Projek Sarjana Muda) Cadangan. Ni first time aku sampai Fakulti Pengurusan kat UTM Skudai. Oklah seronok, tapi yang tak bestnya kitorang lepak kat lobi yang tak ada aircond sambil menunggu kawan2 yang belum habis dan nak buat last touch up sebelum hantar. 


Hat ni, aku first time masuk kolam renang yang ada kat rumah adik aku ni. Dah 2 tahun duk sini tak pernah teringin nak masuk pun. Tapi sebab hari tu tak ada orang kat situ, so aku masuk je la demi budak kecik yang aku pegang tu...hahaha aku ngan 2 orang adik aku beronok-ronok tak hengat masa tu. 


Ok, yang ni last...panjang jugak entry aku kali ni.. ni kami pergi majlis kesyukuran masuk rumah baru oleh sepupuku yang pakai tudung cekelat kat tengah2 tu (pandai2lah korang teka yang mana satu). Sebabkan sepupu, kami pun takdelah malu2 nak bantai makan apa yang kami nak...semua benda yang dihidang kami cuba..Alhamdulillah balik dengan perut yang kenyang. Balik tu kami terus ke KLIA hantar adik aku yang Sarawak tu balik Langkawi pulak..huhuhu sedih.

Ok, inilah entry permulaan untuk tahun baru ni.. tak sangka pulak panjang entry kali ni. Taip good morning, tapi post dah evening...hahaha.. Jumpa lagi di entry seterusnya..

Saturday, June 20, 2009

N3 dah basi...kami pi piknik

Malas btl nk update ngan internet yg asyik putus2 nih..tu yg sampai basi sume mende yg nk diupdate hik..hik..hari nih cam ok pulak lepas akmenyumpah nk bom celcom smlm..hahaha..sesape kroni celcom sila amik perhatian ye..apsal la...susah sgt nk masuk line skg nih..aku byr bil tau..dh la mahall..kang, kang...hishhh sabooo....
kami...peace..
ni nk citer pasal pi berkelah Sabtu minggu lepas, best..sume adik-beradik aku ada..ank2 buah pun lengkap..cuma abg ipar sulong je xde..tapi tetap happening. Kami pi kt Sg Kemensah kt belakang Zoo Negara tu..mmg best..dulu2 pun nk piknik mmg pi sana pun..last pi masa arwah abah masih ada n belum sakit lagi..masa tu aku x turun mandi-manda pun..tapi yg kali ni aku take part jugak ngan dorang yg excited nk berkubang ha ha..siap lemas lagi..n kena gigit ngan ulo tecit..ok jom layan gambo2...

pulun wat roti2 nih smpai pkl 3 pg seh..time membedal kejap je..apa2pun puas hati...lalalalaaa...


tuh..mak buyung kembo ngan ank2 br smpai

tgh syok berkubang...

mak aku tgh tggu ayam goreng masak..

ni dia si tukang makan..aka adik aku yg bongsu..aka mak su kt blkg tu pondok yg kami sewa RM40 utk siang hari sajoo..mlm rege lain..tpt rehat kami ditaja oleh k.ija (kkk aku no.2)

kt air terjun buatan...

antara ank2 buah aku yg dikonker oleh budak2 laki dlm ni cuma 7 org je lagik 3 org x sempat nk enterprem..

Saturday, June 6, 2009

JaLan2 di KL

haha...lama betul nk tggu gambar2 ni di"upload"...sambil2 nengok tv, jenjalan umah org cari resepi..hehe...mata dah ngantuk, badan dh penat dek berjln2 di hari jemaat smlm...dh pagi daa..ms aku dok update citer nih..hehe
hmm..dh lama tul x g KL sejak2 aku kije kt area ampg je..adala 2 kali kot gi KL nih..mmg maleh betul nk meredah jem kt pusat bandar nih, nk carik parking pun sempat la round 2 kali pusing..sume parking mahal2 belaka..tapi disbbkan mak nk beli brg2 jahitannya, maka kami pun dgn sukerelanya mengikutt..hehehe..mula2 mmg pasang niat xnak beli apa2...huh akhirnya not-not RM dlm purse aku pun menyusut jugakkk..x tahan bebb..kui kui kui..apa2 kita layan gambar cuti2 M'sia aku nih...
Nih cucu sulong dlm family aku..Shafiqah ank kak G (kakak sulong aku)Lela tgh syok pilih tudung...
kedai jual tudung mmg bykk..tp tudung yg kami nk x bykkalamak..tong smpah pun nk masuk gak...photographer amatur keh keh kehdah penat berjalan..makan lak..ni aku munyer crispy popiah (mkn kt foodcourt sogo)nih sizzling yee mee lela n shafiqah..sedap gakmak munyer mesti nasik ayam..senang katanya..x pyh pk lama2nih hasil rembatan kami....kain batik n kain pasang tuk raya ahakstudung2 yg berjaya kami cari...mmg susah dh nk dpt...sume org dh pakai tudung ekin@ariani tuh...kami x minat..yg ni rembatan terakhir sebelum balikkk..hehe...purse aku yg baru..