Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

DoNuT MonTeL

Donut Montel

Assalamualaikum & Selamat Pagi Sayang...hehehe.
Sedar tak sedar bulan Julai dah pun berlalu, maka selamat datang Ogos!.. Haaa jenuh aku nak ingatkan balik apalah ayat2 yang aku karang mula2 tadi...huhuhu penat2 karang ayat, komputer 'hanged' masa nak publish post tadi..gelap dunia jap. Maka kita karang ayat baru walaupun aku tak suka buat karangan masa sekolah dulu. 

Maaf donutku, bedak korang bercapuk!

Berbalik cerita donut, ni kuih yang aku agak suka makan, tapi jarang sangat buat sendiri. Tapi selalu bila beli tak puas hati. Malas nak buat sebab nak kena gelek2 terap2 bagai dan aku malas nak keluarkan segala mak nenek loyang, penggelek tu semua (korang boleh bayangkanlah tahap 'rajin' aku kat mana kan..ops). So sejak zaman internet laju ni, rajinlah aku Google resepi sana-sini, maka terjumpalah macam2 kisah orang buat donut ni dan yang paling best jumpa orang buat donut tanpa gelek2 terap2 tu semua...ai is happy giler. Lama dah jumpa, tapi seru nak buat tu tetap tak sampai2 ngeee. Dah jumpa cara yang senang, mestilah nak carik resepi yang paling ringkas di dunia pulak kan...hahaha. Ok jumpa jugak kat sini


Walaupun ada resepi sebagai rujukan, aku tetap menderhaka jugak buat donut ni haha. First sebab nak cepat siap, second sebab aku tak buat banyak pun, third sebab aku dah lapar masa tu hehehe. Oklah aku dapat siapkan dalam masa 1 jam ++ je, start buat pukul 4 lebih habis siap goreng pukul 5.35pm lebih kurang gitulah. Haaa express kan. So aku copy & paste resepi asal dengan cara aku yang agak derhaka tu (ampunkan saya penunggu gua ngeee). 

DONUT GEBU TANPA ULI

Bahan

1 paket yis kering (*aku guna 2sk je)
2 sudu susu pekat (*aku skip)
1 cawan air suam  (*aku guna susu fresh & panaskan bagi suam & tak sampai secawan
2 sudu gula

- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum (*2 cawan je)
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder (*ganti dengan 1sk double action baking powder, sbb yang biasa tak ada)
1 sudu teh garam
 *1 sk pelembut pau (**optional, ni aku tambah sendiri)

Cara Membuat:

1.Ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
2.Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata. (*aku spare air suam untuk menguli sbb guna susu fresh tak sampai secawan, masukkan sikit2, uli sampai doh lembut)
3.Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye (*aku perap setengah jam je)
4.Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha (*aku uli sampai doh lembut, so adunan aku tak lembik hahaha jugak)
5.Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan (*aku just bulatkan guna tangan je, lubang donut cucuk pakai jari heeee)
6.Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng. (*macam tak sampai 30 minit aku dah goreng)

Ok, selamat mencuba.
**Notes: kalau tak yakin dengan cara aku korang boleh rujuk cara asli resepi tu ye... 

Walaupun perap sekejap sangat donutku tetap menggebu...Alhamdulillah.

Monday, July 23, 2018

MuRTaBaK MagGi

Murtabak Maggi

Wuhuuu.... Assalamualaikum...
Tenggelam timbul tuan blog ni hehehe...Korang sihat ke tu? Aku alhamdulillah, baru je sihat daripada selesema dan batuk...hmmm walaupun batuk tu masih muncul masa tengah tidur..tapi oklah tak seteruk sebelum ni...rasa macam nak dok bertapa kat toilet je sepanjang hari...batuk sampai senak perut.
 Ok korang pernah makan tak murtabak maggi? Ni first time dalam hidup aku cuba masak benda alah ni hahaha...so bantai2 je ikut suka aku la kan nak buat macamana pun, asalkan jadi dah ler. Komen aku, oklah...not bad (done puji diri sendiri) tapi tak boleh makan banyak2, muak. 

Hias guna cili sos paket kecik2 tu je...

Part paling best, dapat kunyah mee yang garing tu...rangup je. Ok jom kita tengok resipi.

Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi kari
2 biji telur
2 batang sosej/hotdog (optional) *potong kecil
1/2 biji bawang Holland *potong dadu
1 sudu besar mayonis
1 paket perencah Maggi Kari

Cara-cara:
1. Rebus mee Maggi dan toskan
2. Pecahkan telur, masukkan perencah Maggi, bawang dan hotdog kacau sehingga sebati
3. Masukkan mee yang dah ditoskan tadi, gaul sehingga sebati
4. Panaskan minyak di dalam pan kecil (*bergantung kepada berapa bungkus Maggi yang anda guna)
5. Masukkan bancuhan Maggi dan telur tadi, biarkan sehingga masak (*sila guna api kecil), baru balikkan sebelah bahagian lagi..tunggu sehingga murtabak Maggi masak sepenuhnya dan agak garing dan bolehlah dihidang dan dihias dengan sos kegemaran anda.

Selamat mencuba! 





Sunday, March 18, 2018

SaLaM BulAn MaRch

 Assalamualaikum..
Pagi-pagi dok mengadap blog..kihkihkih...konon-konon nak baca buku untuk kelas pagi ni, tapi kupilih update blog la dulu..Hurmm tak sangka dah separuh bulan March dah pun..hati dok dup dap dup dap mikiokan pembetulan tesis yang tak settle lagi kohkohkoh...banyak nau sound effect kan hahaha...sorryla kawan-kawan aku ni jenis tak pandai menulis bagi seronok orang baca...
Hmmmm...apa nak cerita ni ek...gambar dok tayang agar-agar sirap...siapa suka? Walaupun ni kira agar-agar yang paling senang nak buat...pada aku makan masa jugak nak buat nih...hahaha sebabnya rasa macam dah bertahun agar-agar ni dok dalam gobok simpanan makanan kat umah ni ha... 2018 baru siap jadi agar-agar sirap...makan tahun ko...lol..sebabnya peti ais tak ada ruang nak letak agar-agar ni untuk disejukkan...so last first weekend on March (2 minggu lepas daa), aku pun merajinkan diri bersihkan peti ais tu...atas bawah cuci bagi bersih, cuci segala compartment dalam tu...baru puas hati...haaa sebab tu makan tahun tau nak siap agar-agar tu hahaha...aku ni ada penyakit OCD...tak boleh nak buat sesuatu kalau nampak tempat tu berserabut..dia akan jadi dua je...samada ko biarkan je benda tu cenggitu sampai bila-bila, atau ko bersihkan sebersih-bersihnya...hehehe 2 hari beb aku amik masa cuci sebijik peti ais...nampak nau peti tu dah lama giler tak dibersihkan...memang buat clearance habis-habisan...membuang benda-benda yang tak berguna huhuhu...

Agar-agar Sirap

Ada ke yang nak resipi? hahaha ni namanye aku tengah tak ado kojo...tapi kan...macam malas pulak nak taip resipi agar-agar ni.. walaupun simple je..tapi ni faberet aku jugak nih..ada orang tak panggei agar-agar, ada yang panggil lengkong...ada yang panggil jelly, & ada jugak yang panggil beledo..ada tak yang panggil selain daripada tu? mehla habaq mai...kot-kot aku tak tau...haishhh melalut sudah...asalnya nak cerita kejadian semalam...tapi macam dah banyak ni menaip...buku tak baca gak lagi hehehe...jam dah pukul 5.03am... satgi nak kena gi mandi pulak...sudahnya tak membaca jugaklah tu...lecturer pun siap perli dalam kelas lagi...hahaha katanya pagi ni nak buat kuiz masak mak nakkk....


Okla...aku taip sikit bagi resepi...

Bahan-bahan:

1 paket (25gm rasanya) agar-agar (jenis strips)
6 cawan air (aku guna cawan Tupperware) 
3/4 cawan gula pasir (tak suka manis boleh kurangkan lagi)
1/2 cawan gula batu
Perisa sirap (ikut suka nak warna cerah ke gelap ke)
2 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan agar-agar dan daun pandan simpul (sila basuh dulu ye)
3. Bila agar-agar dah cair sepenuhnya, masukkan gula pasir dan gula batu
4. Tunggu sehingga gula betul-betul hancur baru masukkan perisa sirap (masukkan sikit-sikit ye, pandai-pandailah nak adjust warna yang korang suka)
5. Masak sampai mendidih, tutup api dan cepat-cepat tuang ke dalam loyang atau bekas acuan kegemaran korang. Sejukkan kat luar dulu baru masukkan dalam peti...terus masuk panas-panas tu rosaklah peti ais tu nanti weiii....hahaha
6. Selamat mencuba.

**Nota: sukatan air tu kena ikut rasa hati korang jugak...hahaha kalau korang suka makan yang jenis keras sikit, bolehlah kurangkan dalam 1 @ 2 cawan air. Yang aku buat ni, jenis lembut je...senang pecah kalau ko hentak kuat sikit masa nak pindahkan daripada acuan. 



Thursday, January 18, 2018

KoNgSi ReSiPi: PiSaNg SiRa

Assalamualaikum...

Hello I'm back...
Kihkihkih Speaking London... Hmm ok balik Malysia la hahaha lebih selesa kan...
Macam biasalah kan ni hidangan tahun lepas punye...duk dalam draft sejak sekian lama..so hari ni kita keluarkan dia.. Ni pertama kali aku cuba buat benda ni..tak tahulah jadi ke idok...sape pernah makan? ok ke pisang sira aku tu?
  
 Pisang Sira

Apapun berapa ek aku nak rate makanan ni? 3/5 je kot...hahaha rasa dah ok dah..cuma aku x brapa suka nak gigit karamel yang mengeras tu...manis dan tak berapa suka ngan gula2...melekat kat gigi! ha itulah yang aku nak kata...tapi lupa amenda la nak cakap...

Bahan-bahan:

3 Biji pisang nipah yang hampir masak (Sebiji kita hiris nipis jadi 3 keping)
Sedikit minyak untuk menggoreng pisang
2 sudu besar gula putih (gula perang tak boleh buat karamel berdasarkan pengalaman aku)
1 sudu air panas

Cara Membuat:

1. Goreng pisang sampai agak garing. Tak perlu letak tepung tau.
2. Dah garing, angkat dan ketepikan.
3. Buat karamel, panaskan gula atas kuali tak melekat tu kalau nak senang gaul nanti, oh ye..masukkan sesimpul daun pandan (optional). 
4. Bila gula dah agak keperangan, masukkan 1 sudu air panas, dan tutup api.
5. Gaulkan pisang yang dah goreng tadi ke dalam karamel. Siap..tunggu sejuk dulu baru makan, nak makan panas-panas boleh, melecur lidah tanggung sendiri.

Sekian.

Selamat mencuba.

**Nota kaki: Resepi aku cuba2 dan olah sendiri je..ada orang suka letak kayu manis...erkkk aku tak gemar rasa kayu manis tu..so memang takkan letak lah.

#Pisangsira
#Siscuba
#Asiahmainmasakmasak

Hahaha berkesan ke guna hashtag kat dalam blog?





Tuesday, November 21, 2017

KoNgSi ReSiPi: CuCuR JaGuNg

 Assalamualaikum...

Hujan petang-petang ni, memang layan kalau dihidangkan apa jenis kuih sekalipun kan....perut berkeroncong je sejuk-sejuk ni. Tapi...... cucur jagung ni dah lama pun buat hahaha...memang menari-nari perutku bergendang kelaparan nengok gambar ni. Saje nak upload jugak kat sini sementara nak amik mood nak sambung menulis balik. 
Ok aku bagi sekali resipi cara aku buat, walaupun korang rasa macam...alaaa cekodok aje pun...tu pun nak bagi resipi bagai...hahaha sukatan tu sesuai untuk orang bujang je, kalau nak buat banyak kenala tambah bahan-bahan tu ye.

Cucur Jagung


Bahan-bahan:

1.    1 cawan tepung gandum
2.    1 sudu besar tepung jagung
3.    1/2 cawan isi jagung (rebus dahulu bagi lembut)
4.    1 biji cili merah dihiris
5.    1/2 labu bawang besar/Holland dihiris
6.    sedikit ikan bilis ditumbuk (optional)
7.    Garam secukup rasa
8.    Air sejuk 

Cara-cara:

1.    Gabungkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk kecuali tepung dan air
2.    Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
3.    Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan adunan yang dikehendaki. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.   Panaskan minyak untuk menggoreng
5.   Setelah minyak panas, bolehla mula menggoreng. Goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan minyak
6.   Cucur boleh dihidang bersama sos cili atau kalau nak makan begitu saja pun sedap.
  

Wednesday, November 8, 2017

KoNgSi ReSiPi: PaU SaMbAl @ BuRgEr MaLaYsIa



Pau Sambal @ Burger Malaysia

Assalamualaikum dan selamat malam..

Lama betul tak update kat sini..hiii kita sibuk wak..sebab kita tengah buat thesis..macam-macam perasaan ada masa buat thesis ni sampai demam la jugak stressed..masuk ni kali ke 3 tukar tajuk kita terus down..dahla nak mula menulis tu punyelah azab...dah buat, kena pulak tukar tajuk...sedih mak nakkk... terus tonsil kita bengkak...sempatlah demam 2 hari..ingatkan dah betul-betul sihat, sekali semalam kita rasa tonsil belah kanan pulak sakit huhuhu...cepat-cepat telan ubat...doakan kita terus sihat ye kawan-kawan...bagi habis dulu sem ni dengan jayanya..
Ok, tengok tajuk adalah tajuk makanan, so kita cerita pasal makanan la ye..ni aku saja-saja cuba buat je mulanya...sekali ramai pulak yang berkenan dengan burger Malaysia hasil tangan kita ni...Alhamdulillah dapatlah buat sikit duit poket tambahan.


Bahan-bahan:


 4 cwn tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu besar marjerin/mentega
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
*3/4 cawan susu suam
*1 paket yis (nak boh separuh pun boleh)
* 2 sudu besar gula
(* campur sekali bagi yis kembang)
Air sejuk dari peti untuk uli jadi doh



Cara-cara membuat:


1. Peram yis dulu sampai kembang
2. Satukan tepung, garam, marjerin, baking powder Dan telur dalam satu bekas, ramas/uli sampai jadi serbuk roti
3. Bila yis dah kembang, masuk kan ke dalam tepung uli sambil tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung tak melekat kat bekas dengan tangan
4. Simpan doh dalam bekas tertutup 
5. Bila doh mengembang 2 Kali ganda uli sekali lg sampai doh menjadi licin Pastu tutup kembali bekas sampai doh mengembang sekali lagi
6. Doh dah kembang, bolehla bulatkan kecik2 dalam 25g sebiji rehatkan sebentar Dan boleh goreng


 Uli sampai tak melekat kat mangkuk

 membukit dia mengembang kau...

 kita suka letak sambal banyak

Jemput cuba ye..

Tuesday, May 24, 2011

LeMpEnG

Hmm..hari2 adalah hari malas...huhuhu...i'm demotivated..xtau kenapa...hampir sebulan sudah begini...masuk kerja je aku malas...tapiiiiii....rajin lak aku main masak2 hikhikhik...buat lempeng nih pg tadi. Oleh kerana sambal nasi lemak yg mak buat semalam masih berbaki, maka timbul lak idea nk makan lempeng (almaklumle..dh hujung2 bulan mengambang ni, stok sume dh licin)..ngehngehngeh....bulan nih betul2 kering wehhh...skali-skala masak lempeng, so my twins suka lak makan..byk gak diorg mkn tadi..

cicah ngan sambal ikan bilis...yummy!
Nak resepi ke?

Nih resepi yg aku sendiri reka (mcm org lain x reti nk buat lempeng kan?)

Resepi: Lempeng Kosong
Sumber: asiahyacob.blogspot.com

Bahan2 (main agak2 je):
2 cawan tepung gamdum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
sedikit garam + gula
1 sudu besar minyak jagung
Air secukupnye

Cara-cara:
 Ayak tepung utk tekstur yg halus, pastu masukkan semua bahan gaul sebati guna whisk. Agak2 la ye tahap kecairan yang sesuai..bab nih mmg x reti nk ajo....pastu panaskan pan, sendukkan adunan ke dalam pan dan tunggu hingga lempeng masak. Dah masak boleh la hidang bersama sambal kegemaran masing2. Lempeng nih kalau nk makan ngan kari ke, susu ke, gula ke..pun sedap gak...sekian..
posing ngan sambal lagi...
mmmmm...sehingga menjilat jari...

Saturday, December 25, 2010

LeMpeNg PisAnG


Buat ni minggu lepas..kejap je dah seminggu...resepi cilok k.Hana punye. Malas nk citer panjang..layannn
Posted by Picasa

Monday, March 22, 2010

Pau Kacang

Fuhhh..fuhhhh..sapu abuk jap..hehehe lama tol aku mendiamkan diri...x ke mana pun ada je..hari2 aku jenguk blog nih n blogwalking umah kwn2..cuma x menonjolkan diri je..sian dak Mina..slalu dtg aku xde..xpe2 nnt aku tggl jejak kt umah ko ye..hehe..sori mori aa..


Ok, merujuk pada gambar di atas (cewahh mcm tulis surat resmi jerk)..kihkih inila hasil keras tanganku menguli+menggentel pau semalam, lembuttt giler..macam pau kat kedai...suker2..pastu licin jerk kulit dia..mmg best la resepi CMG nih..wa tabik springg la ngan CMG ni..geram je tengok kalau dia buat roti2 ni sume gebu2 belaka sesuwai ngan nama manja dia hehe...aku amik resepi ni guna MYR, tapi aku link terus ke umah CMG aje ye..mintak halal ye..satu adunan nih aku dpt dlm 8 ketul pau 50g setiap satu (detail la pulak..ngee)..siap mak aku order utk dia letak kat tpt org jual kuih lagik..hehe..guna tepung gandum biasa pun jadik jugak..cuma waktu nguli dia lama sikit n kena air lebih sket..tepung Hong Kong manyak mahait maa..sekilo 7 hengget...gagaga patutla org2 di luar sana jual pau mahait jugak ye..ok..aku cnp resepi dari umah CMG ye..

Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau (aku buat 1/2 tpg hong kong + 1/2 tpg gandum biasa)
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-)

Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bulat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.

Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

Thursday, November 12, 2009

SaMoSa

Salam...hoh..lama tul aku x update..malas, malas, malas...dan malassss...hehe kalau tengok kat date gambar tu aku buat samosa nih 13/10/09...uish lama dah dok terperam rupenyer..jgn mintak ye, dah lama pinish...aku buat tang inti..adik aku dok tolong lipat2.. cantik je...hehe..(kembang la tuuu)...tapi skg aku pun dah pandai dah lipat2 samosa nih (xmo kalah hehe)..malas la kot nak letak resipi...sbb sama je mcm buat inti karipap...sekian.

Wednesday, August 12, 2009

ApAm PiSaNg ke Lepat Pisang?

haha..nilah akibat xnak ikut kata resipi...apam pisang aku dah tukar jadik lepat pisang da...sibbaik sedap gak..kui kui kui...dlm resipi suh lenyek 8 bijik pisang je..tapi aku bantai ntah bapa bijik ntah..tapi banyak le..kekonon xnak m'bazir pisang yg dah menopos bak kata k.yung jepun nun kihkihkih...mula2 masa dok dlm peyuk kukus tu elok je naik membulat..siap merekah lagi..tapiiii bila aku bukak je tudung peyuk tu...ranappp..ingatkan rasa dia pun ko gak la kannn..tapi bila aku try je..macam makan lepat pisang la pulak..sib baik lepat, kalo rasa sepat sape nk jawab? hahaha..resepi nih aku skodeng kt umah sape aku x ingat..nnt kalo aku jumpa balik aku linkkan ke umah dia ye..halal ye..

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
8 biji pisang emas (aku guna pisang berangan)
3/4 cwn mentega dicairkan (aku guna minyak jagung)
4 biji telur
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
secubit garam

Cara2
1. Ayak tepung dan baking powder
2. lecek pisang + baking soda + garam
3. pukul telur + gula + minyak
4. masukkan tepung + pisang lecek selang seli dan gaul rata
5. masukkan dlm loyang dan kukus selama 45 minit.

Friday, July 17, 2009

Karipap Pusing2

haha..apsal la nama dia karipap pusing2? Seebabbb...pusing je jadik..lapis x jadik...huhu. Apa lagi yg x kena yek? aku buat siap ikut sebijik-sejiban ngan resepi CMG siap ikut step by step lagik..tapi hasilnyer...pusing je nmpak...wakaka...xpe la, at least aku punye kemahiran kelim-mengelim dah semakin ok (angkat bakul sendirik hihiii). Kali nih mak cuma buatkan inti je..yg lain2 aku proses sendiri..ngeh, ngeh..ada sesapa nk bagi petua/rahsia nk bg lapis2 dia jadik tak? Tapi ni pun dah lama abis tau..ntah bila ntah aku buat...biasala aku...ketapi tetinggal gerabak..

Saturday, June 20, 2009

PuTeRi AyU...

Kan aku dh kata... hari pandan seduniaa...haha..ni projek minum petang tadi...dah lama dah mk request aku suh buat kuih nih..tapi aku blm jumpa acuan lagi...ntah bila ntah time pi bank hr tu, aku jenjalan jumpa lak acuannya..so rembat la dlm 15 biji..(x tau lagi nk buat anggaran brapa kena ada acuan ni tuk skali masak)..x cukup rupenye..kelam kabut jap aku tadi..ye la kuih nih cepat masak..belum sempat sejuk nk kuarkan dari acuan..yg dlm periuk kukus dh masak..haru sungguhhhh..mmg kena ada asisstant la nk buat kuih nih..nk buh kelapa lagiii..nk buh tepung bancuhan lagi..nk kukus lagi...mujur adik aku yg bongsu tu blm pi USIM lagi..dia la yg tolong tadi..hehe..mak aku pun..tolong gak..terima kasih ye..
Lega je bila nengok kuih yg kita buat menjadik kan...

senang nk buat dan sgt lembut..x rugi cuba

Saturday, June 6, 2009

DonUT KeNtAnGGG...

Hat nih..ada topping cekelat ngan kacang...

Fuhhh....mmg sedap n lembut je struktur dia..nih 1st time jugak aku buat donut..kalau ikut tuan umah yg aku singgah tadi kata jgn menderhaka..ikut sebijik2 ngan tuan asal munyer..tapi aku tetap derhaka..ekekekee...aku gi tambah dough softener sikit...alhamdulillah..memanggg lembutttt...buat pun sbb nk habiskan kentang lecek yg balance buat roti kentang hr tuh...buat setengah adunan je..cuma bab2 mendeko..tgn aku mmg keras...x santikk langsunggg..nk resepi gi amik kt umah k.hana yek...maleh dh nk mengkopi...layannnn
Gambar hat bawah nih..buh gula je..sbb mak aku x suka yg cekelat..

Sunday, May 3, 2009

SelAmaT HaRi PekErJa...

ni la karipap pusing...jadik tang pusar je...huhu

Selamat hari pekerja buat semua pekerja2 di M'sia mahupun di luar M'sia...hehe..aku cuti utk 2 hari, setelah sebulan aku x cuti2...aku buat apa ek? Pagi Jemaat tu..aku dgn julung kalinya membuat karipap lapis @ karipap pusing....huhu..tapi masalahnya karipap tu x jadi lapis2...xpe2 cuba lagi..bab2 karipap ni mak mmg rajin...buktinya..pagi ni mak buat lagik...tapi hari ni punye..setakat yg aku tau masih belum betul2 menjadik..ptg ikut k.ija gi JJ cuci2 mata je..xde yg menarik tuk dibeli..aku cuma renew jcard je..pastu otw balik singgah tesco sat..ada brg murah..sempat gak aku grab milo 2 paket, minyak, susu anlene tuk mak dsb..
Malam...aku buat lagik puding karamel utk kali ke-2...sehari je dah abih...kali ni wat ngan tepung kastard, sedap sikit drp yg first time ari tuh..hehe..nnt kena buat lagi ni..bebudak kt klinik lak mintak...

2nd day, k. ija ajak gi SAMTEN sbb Aiesya ada pertandingan silat tuk kanak2 tabika Kemas...aku joint sbb nk tengok balik sekolah yg dh lama aku tingalkan...byk gak perubahan..grill sana sini..hmm (mcm keselamatan terancam je..)...dpt gak mengimbas balik kenangan2 lalu..huhu..sambil2 melayan si zhaim yg suka no dia dpt bebas berjalan2...Ada gak snap gambar sikit2..tapi dlm kamera k.ija...

Friday, April 24, 2009

Cucur Jagung

Semalam...aku pun dah berjangkit ngan akak2 yg ghajin2 belaka bab masak2 ni..
Sebelum gi kije smlm sempat lagik aku singgah sat kt Tesco nun pi carik bahan2 kui kui kui...
Dlm otak ni dah tebayang2 cucuq jagung..aku x penah makan @ buat pun cucur ni, so tu yg excited sgt nk cuba hihihi....
Tengok resipi kt blog k. Hana..senang je rupenya..tu yg excited nk buat tu..
tghari aku stat bancuh tepung, masuk semua bhn2...pehtu..patient xde...goreng time..(guna rice cooker je) sib baik bos xde..tp ptg tu aku jamu gak bos aku mkn cucuq tu..hehehe bos aku suke...kihkihkih
resepi ni kopi k.hana punyer yer..
gini ler rupe masak dlm rice cooker..hehehe

Bahan-bahan:
  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil (boh sikit je)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis mauripan (x boh pun..xde)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula (boh sikit je sbb jagung dh manis)
  • daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
  • 1 bj cili merah ~ dicincang (guna cili api dlm 4/5 ketui)
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  • Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik(x naik la sbb xde mauripan tu hehe).
  • Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  • Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda
    Sekian....TQ k.Hana