Sunday, March 18, 2018

SaLaM BulAn MaRch

 Assalamualaikum..
Pagi-pagi dok mengadap blog..kihkihkih...konon-konon nak baca buku untuk kelas pagi ni, tapi kupilih update blog la dulu..Hurmm tak sangka dah separuh bulan March dah pun..hati dok dup dap dup dap mikiokan pembetulan tesis yang tak settle lagi kohkohkoh...banyak nau sound effect kan hahaha...sorryla kawan-kawan aku ni jenis tak pandai menulis bagi seronok orang baca...
Hmmmm...apa nak cerita ni ek...gambar dok tayang agar-agar sirap...siapa suka? Walaupun ni kira agar-agar yang paling senang nak buat...pada aku makan masa jugak nak buat nih...hahaha sebabnya rasa macam dah bertahun agar-agar ni dok dalam gobok simpanan makanan kat umah ni ha... 2018 baru siap jadi agar-agar sirap...makan tahun ko...lol..sebabnya peti ais tak ada ruang nak letak agar-agar ni untuk disejukkan...so last first weekend on March (2 minggu lepas daa), aku pun merajinkan diri bersihkan peti ais tu...atas bawah cuci bagi bersih, cuci segala compartment dalam tu...baru puas hati...haaa sebab tu makan tahun tau nak siap agar-agar tu hahaha...aku ni ada penyakit OCD...tak boleh nak buat sesuatu kalau nampak tempat tu berserabut..dia akan jadi dua je...samada ko biarkan je benda tu cenggitu sampai bila-bila, atau ko bersihkan sebersih-bersihnya...hehehe 2 hari beb aku amik masa cuci sebijik peti ais...nampak nau peti tu dah lama giler tak dibersihkan...memang buat clearance habis-habisan...membuang benda-benda yang tak berguna huhuhu...

Agar-agar Sirap

Ada ke yang nak resipi? hahaha ni namanye aku tengah tak ado kojo...tapi kan...macam malas pulak nak taip resipi agar-agar ni.. walaupun simple je..tapi ni faberet aku jugak nih..ada orang tak panggei agar-agar, ada yang panggil lengkong...ada yang panggil jelly, & ada jugak yang panggil beledo..ada tak yang panggil selain daripada tu? mehla habaq mai...kot-kot aku tak tau...haishhh melalut sudah...asalnya nak cerita kejadian semalam...tapi macam dah banyak ni menaip...buku tak baca gak lagi hehehe...jam dah pukul 5.03am... satgi nak kena gi mandi pulak...sudahnya tak membaca jugaklah tu...lecturer pun siap perli dalam kelas lagi...hahaha katanya pagi ni nak buat kuiz masak mak nakkk....


Okla...aku taip sikit bagi resepi...

Bahan-bahan:

1 paket (25gm rasanya) agar-agar (jenis strips)
6 cawan air (aku guna cawan Tupperware) 
3/4 cawan gula pasir (tak suka manis boleh kurangkan lagi)
1/2 cawan gula batu
Perisa sirap (ikut suka nak warna cerah ke gelap ke)
2 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan agar-agar dan daun pandan simpul (sila basuh dulu ye)
3. Bila agar-agar dah cair sepenuhnya, masukkan gula pasir dan gula batu
4. Tunggu sehingga gula betul-betul hancur baru masukkan perisa sirap (masukkan sikit-sikit ye, pandai-pandailah nak adjust warna yang korang suka)
5. Masak sampai mendidih, tutup api dan cepat-cepat tuang ke dalam loyang atau bekas acuan kegemaran korang. Sejukkan kat luar dulu baru masukkan dalam peti...terus masuk panas-panas tu rosaklah peti ais tu nanti weiii....hahaha
6. Selamat mencuba.

**Nota: sukatan air tu kena ikut rasa hati korang jugak...hahaha kalau korang suka makan yang jenis keras sikit, bolehlah kurangkan dalam 1 @ 2 cawan air. Yang aku buat ni, jenis lembut je...senang pecah kalau ko hentak kuat sikit masa nak pindahkan daripada acuan. 



No comments: