Friday, June 29, 2018

KaRiPap Inti SarDin


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & Selamat Tengahari...
Hmmm lama dah rupanya tak update blog ni...karipap ni pun dah lama dok dalam draft tak karang2 ayat hehehe. Buat apa ntah macam busy sangat ek.. Oh ye awal bulan 5 haritu aku kena gi JB untuk hantar report tesis ke fakulti 8hb rasanya, sebab esoknya hari Pilihan Raya Umum ke 14. Pastu buat preparation untuk viva pulak hujung bulan tu 28hb haha padahal aku bukan mengadap dia je 24H.. sebab yang utamanya ialah dah penat kot mengadap komputer, macam nak muntah rasa. Pastu tak lama lepas viva final exam pulak, mana tak rasa macam nak muntah. Ok nanti2 kita sambung pasal study. Sekarang cerita karipap pulak. Buat dalam bulan puasa tu sempena tengah rajin dan yang paling penting perkara2 kritikal kat atas semua dah settle haha. 
Dan yang sebenarnya nak letak resepi kulit yang bagi aku senang dan rangup. Tapi buat untuk second attempt aku failed haha..sebab aku tambah sukatan tepung dan sukatan marjerin aku terkurang, so kulit jadi tak rangup, tapi sebab initi sedap...habis jugak karipap tu...yeay berjaya angkat bakul sendiri hahaha...

Bulatkan kecik2 supaya senang nak bentuk jadi karipap dan kalau nak karipap tu jadi sama besar, sila timbang seketul2 ye. 

Buat inti sardin campur kentang sebiji. Siapa tak makan sardin takyah dok eeeeuww ye aku tampo nanti.. haha garang tak? Sebab pernah ye orang buat begitu masa aku tengah mengunyah makanan yang dia tak makan tu, kalau eeuww tu aku ok lagi ni dia buat eeeyek memang rasa nak bagi penampo je..

Sebab dah tersalah sukatan marjerin, so kulit dia jadi kenyal2, aku tak boleh nak gentel besar2, so buat saiz comel2 je.


Main amik je gambo...malas dah nak susun cantik2. Ini baru realiti kannn..

 Yang penting, buat sendiri puas hati perut usus semua hehehe.

Resepi ambil kat sini dan kukopipes di bawah ye..


Bahan Doh
250g tepung gandum (2 cawan)
2 sudu besar marjerin (aku guna Buttercup)*Panaskan
2 sudu besar minyak masak *panaskan
1 sudu besar tepung beras (ni aku tambah)
garam
air 

Cara
Untuk membuat kulit karipap -
1. campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup).  Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan air sedikit

2. Uli doh hingga tidak melekat di tangan dan boleh dicanai serta mudah ketika mengelim.Tutup doh 




No comments: