Sunday, January 21, 2018

KeLaS MeNjAhIt BeG


Assaamualaikum....
Korang dah makan? Hahaha hujung minggu ni mesti ada yang baru balik dari berjalan kan...aku tak ke mana-mana hari ni. Buat aktiviti kat dapur je...Kopek bawang-bawang ngan proses cili kering untuk kegunaan next week..senang nak masak nanti. Plus masak sejenis lauk...jadilah...untuk hilangkan kelaparanku hehehe.

Ok, gambar-gambar adalah cerita semalam. Aku gi kelas basic menjahit beg untuk beginner. Start over again belajar dari kenal mesin sampai la siap 1 Reversible Tote Bag. Seronok sangat. Cikgu yang mengajar pun baik dan mesra gitu. Dapat kawan baru jugak. Saje je aku gi belajar ni untuk menimba ilmu baru pastu isi waktu lapang sementara cuti sem yang agak singkat ni. Padahal, aku kena siapkan soalan pilot test untuk PSM nih..hahaha mengelat. 


Ni cikgu tengah terangkan cara-cara guna mesin jahit. Walaupun mesin aku brand lain daripada yang cikgu guna, aku tetap kena tumpukan perhatian..dapatlah belajar macam mana nak jahit lubang butang guna tapak A. Haa kan ilmu tu...hehehe yang datang semalam memang rata-rata yang tak pandai menjahit langsung. Ada sorang kakak tu, siap bawak mesin jahit yang dia baru beli dan tak reti nak guna lagi..kelakar la jugak...memang dia tak reti apa-apa pasal mesin jahit...tapi akhirnya semua berjaya siapkan beg masing-masing dengan sempurna...Alhamdulillah.


Ni corak pertama beg yang aku jahit.


Yang ni corak kedua, bosan guna corak pertama kita tukar corak ni pulak kat luar..



Masing-masing menayang beg yang dah siap.


Ok tu je cerita kali ni. Ni kira aku berjaya la up cerita yang tak basi lagi kan untuk tahun ni...hahaha.

No comments: