Wednesday, January 31, 2018

TeH TiGa LaPis

Selamat petang...

Eh terajin pulak kita masukkan cerita baru hari ni...hehehe.
Buat hari ni teh ni tau...tengahari tadi dah tak boleh tahan dah teringin nak buat sendiri teh 3 lapis ni...hmmm rasa dia macam mana? Yang aku buat ni mestilah masih tak sama dengan yang beli kan...huhuhu rindu teh ni yang kat Sarawak punye...memang kat sini tak jumpa lagi yang sedap kecuali kat JM Beriani Tesco Ampang...huhuhu takkan nak masuk situ semata-mata nak minum teh ni jugak kan? Dahla nasi beriani dia pun sedap...uwaaaa tahan je lah nafsu tu ye..kita kumpul duit banyak sikit, nanti kita terjah sana. 


Three Layer Tea

Bahan-bahan

200 ml susu cair (Buat secawan, janganlah letak semua ye...1 tin nih)
Ais secukupnya

Bahan Air Teh

200 ml air panas
1 uncang teh (Aku guna teh tarik kaw cap BOH)

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah (Yang ni aku tak letak, sebab tak ada stok)
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara menyediakan:

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

#Resipi copy daripada sini


Warna selepas dah bancuh tu dah menarik sangat dah...takpe nanti kita cuba lagi ok. 



Jemput minum semua!...Nak lagi senang gi kedai mamak, sure ada punye...tapi tak dijamin sedaplah...hahaha aku pernah minum kat satu kedai mamak ni...aku tak boleh nak telan sebab terlalu manis...mintak diorang tambah teh, diorang bagi ais je...hmmmm last2 aku tinggal je la...tak sedap..

No comments: