Wednesday, February 21, 2018

BeBeLaN BuLaN FeBrUaRi


Aiskrim gula apong

Assalamualaikum....
Lama dah x masuk sini rupanya...dah masuk hari ke 21 bulan Feb, satu posting pun tak ada lagi...hmm lately ni bizi mengemas rumah ngan bilik...hehehe aku kalau dah datang mood mengemas tu memang lain macam sikit, habis semua benda aku nak kemas..memang jadi details la sesi mengemas tu, itu yang makan masa berhari-hari. Tapi bila dah siap dan nampak keadaan dan suasana yang bersih, seronok je rasa nak masuk bilik hehehe...jugak persediaan untuk siapkan thesis part akhir..doakan aku berjaya ye kawan-kawan....amik mood katanya. 
Apa kaitan gambar kat atas dengan bebelan aku hari ni ye? Saje letak sebab teringat tahun lepas time cuti Tahun Baru Cina aku kat Sarawak, sampai je sana, adik ipar aku bawak gi beli aiskrim gula apong..sedap sangat. hehehe semangkuk tu aku sorang je. Kalau orang tanya aku apa yang best kat Sarawak, aku akan cakap gula apong dia special...hahaha. Apa yang specialnya? Rasa dia yang lemak manis tu...tak manis sangat tapi sedap...siap carik bawak balik KL lagi. Laksa Sarawak aku makan sekali je, tak sedap macam yang aku jumpa masa makan kat KL, so sekali tu je la aku makan. Lepas-lepas tu aku carik nasi ayam penyet...hehehe yang ni memang banyak tempat yang sedap...tapi tak ada pulak gambar yang aku snap masa makan menu ayam penyet tu.
Oklah, nanti2 aku carik masa posting gambar makanan banyak2 ye. Ada je gambar2 tu dalam memori card kat kamera. Kita simpan buat khazanah dulu. Nanti keluarkan semua menu2 yang lama berkepam tu hahaha. Oklah nak tidur dah, esok kerja weiii...

3 comments: