Sunday, August 26, 2018

PuDinG RoTi DenGan Sos BuTteRscOtcH


Puding Roti Dengan Sos Butterscotch

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ni terlebih rajin masukkan sampai 3 post terbaru hehehe.. Angin rajin bertiup kencang nampaknye. Alhamdulillah moga terus rajin di hari2 akan datang jugak. Bukan senang angin ni nak bertiup masa musim panas berjerebu macam sekarang ni kan...sementara dia ada tu, kita cepat2lah up story2 baru walaupun kejadian sebenar dah terlepas. 
Buat puding roti ni sebab roti expired ada banyak dalam peti. Jadi untuk elakkan pembaziran ke tong sampah, aku cuba gagahkan diri untuk menggodek resepi2 puding roti yang boleh dapat merata di mana2 search engine. Aku dapatkan idea puding ni melalui instagram. Siapa pemilik resepi nanti aku carik semula ye...sebab tuan punye resepi pun share video buat je. Bahan2 semua dia bagi secara betul2 bahan je tanpa sukatan...hahaha hambik ko...maka pandai2lah aku menggodek resepi tu bagi jadi sampai boleh di makan.

Aku suka guna periuk ni untuk bakar membakar ni, senang dan cepat juga jimat elektrik. Periuk arwah mak ni. Kat umah mak sanun ada lagi beberapa bijik kot, sebab dulu mak rajin buat kuih bakar pandan tu buat jual. Anak dia yang ni tak pernah cuba pun buat kuih tu...rugi pulak rasanye tak menuntut ilmu dan resepi kuih bakar pandan mak.

Ni sos butterscotch..alhamdulillah menjadi jugak walau mulanye masa aku tuang whipping cream, gula jadi berketul2 pulak...hahaha jenuh mak nak mengacau balik bagi gula tu larut grrrr..

Ni kejadian puding roti betul2 baru masak, tak lama lepas tu puding ni mendap penyek. Tapi xdelah bantat tau...memang gitu perangai dia...masa panas mengembang cantik je....eksen betul dia.

Ni kejadian selepas dia jadi penyek sikit...masih elok kan? Berapa bintang nak bagi? Bolehla bagi 4/5 bintang...hehehe sebab lain daripada biasa kan...selalu guna sos kastard tu.

Bread butter sy guna roti putih je:
(Resepi asal guna roti Gardenia yang Butterscotch tu)

Roti putih (carik2 @ potong jadi kecik)
1 tin Susu cair (guna susu fresh pun boleh)
4sb brown sugar
Secubit garam
4 biji telur ( kalau telur size A guna 3 biji pun cukup)
Esen vanila
Choc chip & kismis (optional)

Cara2:
1. Sy guna susu segar, so panaskan sekejap atas dapur + gula + butter + garam + esen vanila ( nk bg larut bahan2 tu) Panas x perlu sampai mendidih.
2. Pastu pecahkan telur, pukul bagi sekata. (jangan campur dalam susu ye, nanti telur tu masak dulu sebab susu tadi dah panaskan atas dapur)
3. Masukkan semua bahan ke dalam roti, gaul rata & bakar. Sy bakar atas dapur je, so jgn tanya suhu brapa hahaha...

Sos butterscotch

4 sb brown sugar
2 sb butter
1 kotak whipping cream

Cara2: 
1. Panaskan gula hingga cair (api kena kecik je), masukkan butter, masukkan whipping cream...kacau sentiasa sehingga pekat, tutup api.
2. Dah tutup api pun kacau sampai sos agak sejuk.

Selamat mencuba. Senang je ni...kebetulan semua bahan pun ada dalam peti walaupun ada dah expired hehehe...jadi dan tak ada kejadian keciritan berlaku. Alhamdulillah.

1 comment:

dalila said...

nmpak menarik.. mesti sedap.. ;)