Wednesday, June 24, 2009

BuN CoKlAt....


nih buatnye smlm..tp dh abiss dh..laku pulak..mk siap order suh buat inti kacang merah pulak....hehe. resepi ni korek kt blog Ros Onigri. thanks ye Ros..siap ngan petua n teknik nk buat lagi..senang je nk ikut...buat k.ija yg membaca blog nih..sabo yek..nnt kita buat lagi byk2 munyer..ni test je..kang buat byk terus tp x jadi, kan dh m'bazir je..ngeee...

Bahan-bahan:

200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.

Cara-cara
Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari.

Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.

Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  1. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing. 

1 comment:

Suzi said...

sedapnya...nak dua tiga ketul blh?? hihihi